Wednesday, February 27, 2008

PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA

RASANYA agak lama juga aku menyepi dari 'blog'ku ini...bukan sudah ketandusan idea..bukan sudah hilang'panas'nya untuk berbicara..bukan juga kerana ada halangan supaya berhenti menulis...bukan...dan bukan semuanya itu...tapi sebenarnya halangan dalam diri...mungkin kerja seharian boleh dijadikan alasan..atau iklim di Malaysia, terutama masakini menjadi penghalang...

Aku tak tahu orang lain seperti aku bila kembali ke tanahair...agaknya Dr. Kuzi pun 'tak sempat' menengok blognya...Pun mungkin segala kegemarannya mungkin separuh 'luruh' di tengah jalan akibat kekangan kerja dan suasana di sini....

Namun aku sekeluarga sempat 'melepas rindu' dengan Dr Mokh/ Dr. Kuzi...aku macam paksa mereka balik ke Marang raya Cina baru-baru ini... seronok sungguh walaupun tidak panjang...namun kami sempat bersantai di tepi pantai Marang yang jernih airnya sambil memerhati nak-anak bermain pasir...

Kemudian dua tiga hari lepas ketika aku ada tugas di Langkawi, sambil menjenguk ibu di kamupng aku sempat menjenguk Mokh/Kuzi di S.Petani. Sempat makan kuih dan coffee 'starbuck'...bahannya kata uzi di bawa balik dari US! Selepas tu Mokh bawa kami makan me udang di Pulau Sayak dekat Pantai Merdeka. Seronok... tentulah seronok kalau kawan-kawan di sana (US) turut serta... InsaAllah jika tiada aral kami merancang nak 'candat sotong' di perairan Marang sekitar bulan Julai/Ogos tahun ini...itu pun kami menunggu 'adik-beradik' jauh balik ...baru seronok...

Ketika ini haba di bumi Malaysia agak panas! Di samping cuaca terik dek musim kemarau kini, ditambah pula dengan suhu yang membahang akibat 'demam' pilihanraya yang belum kebah...ibarat air yang tengah mendidih...sengit dan mencabar sekali...Agak sukar untuk meramal keputusan kali ini...masing-masing mengaku kehebatan...masing-masing ada 'buah' untuk mematikan hujah lawan...

Banyak isu panas yang terbongkar yang boleh dilayari lewat internet...mungkin sebelum ini kita tidak banyak mendapat maklumat ..namun dengan adanya maklumat tanpa sempadan kita dapat segalanya...samada kita mempercayai atau tidak,, itu soal lain..

Yang pasti gelanggang dibuka luas...ceramah setiap malam...TV, radio dan akhbar saban hari menyiarkan berita dan laporan serta dokumantasi...rakyat boleh menilai mana kaca mana intan, mana betul mana salah...rakyat Malaysia sudah bijak-bijak untuk menilai segala!

Semua maklumat dihujung jari kita...kita menjadi penentu segala...sama ada pilihan kita: A atau B atau C atau D! Tepuk dada tanya apa? selera (perut) atau....apa sahaja...kitalah penentu 'tuan' kita atau 'kuli' kita? Di hujung jari kita penentu segala...semuanya menjadi rahsia!? Jangan esok kita menyesali akibat kesalahan yang kita sendiri lakukan....

Hubaya...hubaya...Selamat mengubdi bagi mereka yang dapat mengundi...kalau tak dapat janganlah pula menggigit jari...tunggu 4 atau 5 tahun lagi...hari bersejarah ini akan datang lagi!!

Zahana as,
Kajang

Thursday, February 14, 2008

RAYA...RAYA...PILIHANRAYA

NAMPAKNYA tahun ini banyak betul raya....selepas raya puasa....krismas menyusul kemudian raya haji...kemudian giliran Tahipusam yang sudah diangkat 'sikit atas' menjadi cuti umum sesetengah negeri termasuk WP termasuk Putrajaya...kemudian raya Cina..penuh dengan kemerahan lambang kecerian dan kemakmuran!!!!

Dan kini tibalah masa yang dinanti-nanti oleh rakyat ke'banyak'an dan juga tidak terkecuali para pemimpin yang saban hari menunggu gendang dipalu oleh PM sebagai penanda bermulanya PRU-12....

13 Feb tarikh kerama t perisytiharan pembubaran perlimen....gegak gempita sorakan sambut menyambut....entah gembira entah duka entah debaran apa yang menerpa, namun masing-masing tentu tidak sabar lagi menanti hari 'penentu'. 24 Feb dirasakan cukup lambat bagi yang medambakan untuk dipilih sebagai calon..baik parti pemerintah maupun parti pembangkang sama sahaja debarnya....terpilihkah aku kali ini...? atau ditukar muka baru atau pendatang baru atau mereka yang diturunkan atas langit dengan segala kekuatan yang tersembunyi.....tetapi tidak mempunyai rekod perjuangan dalam parti....ini calon istimewa....berjuang bukan melalui saluran parti...tetapi mencipta nama lewat kebolehan tersendiri....bertuahnya badan!!!

24 Feb akan menentukan senyum tawa atau tangis duka seseorang....apakah mereka dapat menerima dengan reda atau bertindak kontras dengan apa yang dijanji dan disumpah!?
Apakah perkhabaran baik diterima dengan syukur atau angkuh menabik dada...melupai segala khidmat yang bakal dicurah..atau menerima nasib malang dengan meraung hiba, pengsan atau terkaku tiba-tiba ...sukar untuk diterka...

Maka 8 Mac penyaksi segala...kehebatan digelanggang..berkempen sepenuh tenaga, menabur janji apa sahaja hatta langit dan bumi seisinya...apakah janji itu tertunai nanti atau akhirnya ianya bajkal memakan diri.....

8 Mac bakal mewarnai corak pemerintahan kerajaan baru...yang menang akan ketwa berdekah..yang kalah seperti ayam sabung kepatahan taji....apapun harapan semua terutama ke'banyak'an rakyat yang menang sorak kampung tergadai...renung-renunglah kisah Pak Kadok...walau hanya cerita dongeng sekadar menderaikan tawa ramai orang....!!

Sesungguhnya tangan yang mencincang bahu yang menanggung!!!


Zahana as,
Putrajaya..
15feb2008
12.40pm