Thursday, January 10, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM WH BR

RUPANYA sudah 2 bulan lebih aku meninggalkan WDC..terasa masa begitu cepat berlalu..mungkin kesibukan yang sentiasa menghambat...atau tuntutan kerja yang agak ketat jika dibanding dengan dulu...

Tahun baru Masihi sudah berlalu..datang pula tahun baru Hijrah...di sini tidaklah sibuk untuk membuat persiapan menyambutnya seperti di DC dulu..di sini ada JAKIM..ada agensi yang mengurusnya...jadi kita hanya turut serta sahaja..cuma 28 Januari nanti kita buat sambuatan di peringkat KPM...itu pun ada kawan yang urus..sebab ikut SKt masing-masing...

Tahun baru Hijarah kami sekeluarga tak ke mana-mana...kemas rumah sambil tengok siaran langsung lewat TV...barang masih banyak yang di dalam kotak...rumah dah penuh terisi..setiap sudut sudah diterokai...akhirnya jemput adik di kampung bawa lori...tolong bawa balik kampung...

Raya Adha tahun ini kami sekeluarga di Kedah...sehari sebelumnya di Terengganu..kebetulan ada meeting di sana...tahun ini tumpang 'berkorban' dengan keluarga di kampung...

Bila sebut tentang korban, masih terasa betapa meriahnya ketika berada di DC...walau dalam kesejukan dan'snow' menggila..tapi kepuasan dan keseronokan tidak terkata...Kita bukan sahaja dapat menunaikan tuntutan agama, tetapi juga dapat meneguhkan ikatan persaudaraan sesama kita...ada keikhlasan pada setiap orang...sanggup berkorban apa sahaja bukan sekadar wang ringgit tetapi ketabahan melanda 'salji' dan ketahanan merempuh kesejukan menggila...

Terasa betapa manisnya saat itu...kini segalanya menjadi kenangan.. tak mungkin ianya akan berulang...alangkah...alangkah baiknya jika itu menjadi pusaka kita bersama untuk kita terapkan di sini...rasa setiakawan yang menebal...tidak berkira dalam menabur bakti...masing-masing sudah seperti suadara sejiwa sehati....oh bila dikenang ...rasa sebak di hati...

Hanya yang mampu kulukis dan kulontarkan segala-galanya..agar rakan-rakan di sana dan di sini sama-sama merasai betapa pentingnya setiakawan diteruskan... dibaja dan disuburkan agar ianya terus mekar dan semerbak harum....semuanya ini memerlukan pengorbanan! PENGORBANAN!!

Sebagai insan kerdil yang tak dapat lari dari kesalahan dan kekhilapan aku sekeluarga menuntut ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan di sana dan di sini sempena Aidil Adha dan Tahun Baru Hijrah 1429...moga-moga kita dimurahkan rezeki..dipanjangkan umur juga yang penting ditetapkan iman...

Hanya ini yang mampu akau lakukan lewat Sekadar Bicara....



Putrajaya,
2 Muharram 1429
9.44am

Tuesday, January 1, 2008

CATATAN TAHUN BARU

TAHUN 2008 menjelang tiba tanpa dirasa...kesibukan menghambat waktu tanpa membuat apa-apa persiapan untuk menyambutnya...

Teringat semasa di DC. ada-ada sahaja agenda yang direkacipta...ada sahaja agenda yang dibuat kekawan untuk memriah sausana...melepak di rumah teman sehingga jauh malam apatah lagi menyambut hari lahir kekawan yang jatuh masa yang sewaktu dengannya...

Pelbagai hidangan enak disediakan terutama oleh suri-suri yang sentiasa peka dengan sesuatu hari yang dirayakan/disambut oleh rakan masing-masing....terasa sayu tak dapat menyambutnya kali ini..

Aku juga rasa kehilangan rakan-rakan yang selalu 'mengingatkan' hari aku dan isteri menjadi raja sehari...sehingga aku terlupa untuk menyambut detik bersejarah itu di sini...ianya pergi bersama hembusan angin lalu....

Sambutan tahun baru juga terlalu dingin...cuma Che Hashimi/Ada dan anak-anak datang ke rumah..itupun kerana menghantar Syazwan dari bermain bowling...jam 1.30 pagi baru mereka pulang...

Cuma hari sebelumnya kami bertandang ke rumah Kol Anwar...makan nasi dagang dan lain-lain hidangan istimewa...cuma kawan-kawan rapat dijemput bersama keluarga..Che Lan..Che Shimi..Kak Nur...

Sebenarnya dua tiga hari ini memang agak sibuk...Kentena dari DC baru sampai...nasib baik cuti dua tiga hari dan hari sekolah belum bermula...hari-hari buka kotak..lihat apa yang ada..banyak lagi yang bertimbun di luar rumah..dalam rumah..dan di luar dapur...tak tahu di mana nak ditempatkan...(Justeru...atas nama kawan...mana-mana yang masih aktif ber'yard-sale'...slow-slow atau berhentilah...yang bertandang ke Uniqiu..pun sama ...yang ke Gebrial...slow down or stop...cukup-cukup le tu kata Che Shimi...Ini nasihat dari orang berpengalaman...katakan jangan mare...)

Tahun baru ni sibuk mengatur anak-anak ke sekolah...uniform..kasut..beg semua perlu disedia..buku-buku (walau dapat buku teks percuma) buku tulis dan latihan santak ratusan juga...apatah lagi masing-masing tahun ini nak duduki peperiksaan...Dulu semasa di sana taklah sekalut ini...

Kerja macam biasa...tahun baru penuh dengan agenda dan tugas yang perlu dibereskan...terpaksa berkejar ke sana ke mari menyelesaikan tugas yang sentiasa tiba...(Ituler sebabnya tak dapat nak buat kerpok lekor cik Husin oii...bisnes tak dapat nak jalan...cita-cita tetap ada....)

Nampaknya catatan ini terpaksa dipendekkan...maklumlah nak bagi alasan nanti dikatakan mengada-ngada...tak apalah sekadar bicara..agar ruangan ini tidak berkarat..atau lupa pula password...terpaksa telefon Syila...kan Adi menyinga pula...

Sempena TAHUN BARU kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kalau-kalau terlanjur bicara terkasar bahasa...kawan-kawan di sana dan di sini tetap dikenang..cuma batasan masa dan sempadan menjadi sedikit penghalang...namun 'sekadar bicara' tetap menjadi wasilah menghubungkan silaturrahim antara kita.....

Selamat Hari Lahir Untuk Sarjan..Yaty dan Dr.Kuzi....

Putrajaya
2 Jan 2008
10.12 am