Wednesday, December 26, 2007

Apa Khabar?

Apa khabar?

apa khabar
datuk ambassador?

apa khabar
msd director?

apa khabar
msd officer?

apa khabar
rakan-rakan blogger?

apa khabar
tuan moderator?

apa khabar
tuan/puan doktor?

apa khabar
minister adviser?

apa khabar
tm general manager?

apa khabar
defence officer?

apa khabar
bulding manager?

apa khabar
semua member?

apa khabar?
apa khabar???
don't forget...
always remember......


putrajaya
27 dis 2007
9.31 am

Monday, November 26, 2007

Merisik Khabar

HARI ini aku menggunakan kesempatan masa terluang melayari blog kawan-kawan sambil membaca email yang dihantar...banyak juga email yang masuk..sambil membaca sambil menjawab...

Aku juga sempat membaca blog kawan-kawan di USA..nampaknya bertambah lagi 'ahli baru'...Zura...tahniah...nampaknya boleh mengalahkan 'orang lama' terutama Husinpotopages yang telah diangkat sebagai yang tersenarai dalam 'pasaran blog' yang paling produktif dan evergreen...

Apa yang penting aku sangat terhibur membaca coretan kalian...terhimbau semula segala kenangan dan memori indah selama bersama...terubat sikit rasa sunyi yang terbuku...mencuit rasa rindu di kalbu...ahh! segalanya sukar untuk dilupa sampai bila-bila...

Benarlah anggapan sesetengah rakan...bila pulang ke tanahair...lama kelamaan persahabatan menjadi longgar...renggang...mula-mula bertanya khabar..beremail dan ber'calling'...kemudian sedikit demi sedikit ia mula dilupai...tiada khabar berita...email sudah putus talinya...telefon pun sudah tak terdengar deringnya...demikian realiti yang diterima...

Namun jangan salah anggap...semuanya mungkin salah sangka..walaupun ada kalanya benar belaka...mungkin jarak memisahkan segala...tapi hati di dalam tetap mengiakan..tak kan boleh dilupa semudah itu...ibarat bertemu kekasih baru...masakan kekasih lama ditinggalkan terkapa-kapa...bukankah kata orang...kekasih lama dan pertama sukar dilupa...(sorry...melalut pula..)

Demikian aku tak kan lupa kalian...walaupun agak sibuk dengan tugas baru..rasanya masih ada kesempatan untuk bertanya khabar...moga-moga tali silaturrahim yang dibina sekian lama tetap kukuh dan bernafas segar.....

Seperti rakan-rakan di sini...aku tetap menghubungi mereka...Haji Rosdi..Che Lan..Che Hashimi (dah naik pangkat Pengarah)...kak Nur...Paduka Jali (sekarang di tanah suci bersama kak Rod)...KZ..Kanapiah dan rakan-rakan lain...

Semuanya sibuk dengan tugas masing-masing....walau demikian masih berkesempatan untuk bertandang...makan capati, roti canai, tose...nasi kandar atau nasi lemak....sehingga rakan-rakan menegur...dah naik badan nampak?!

Demikian sedikit coretan sekadar melepaskan tension...buat kawan-kawan di sana .... sekadar bicara ... menandakan aku masih wujud dan sentiasa bersama rakan se'blog'.

P/S Dr Kuzi & Dr Mokhtar apa khabar? balik nanti beritau kami di sini...juga Mr. Zainal Penn State...jangan lupa beritahu nanti bila sampai KLIA...

Putrajaya
27 Nov 2007
10.27am
019-444-9558

Sunday, November 11, 2007

AGENDA SUDAH BERMULA

NAMPAKNYA kehidupan baru di tanahair tercinta mula kembali mewarnai..saban hari ada saja agenda yang perlu diberes...menyambung kerja lama, tetapi dengan tugas baru agak mencabar...semuanya perlu ditangani dengan cermat dan berhemah...

Nampaknya dengan bantuan sahabat-sahabat di sini dan juga restu Ilahi semua masalah yang dihadapi dapat diatasi...isteri sudah mula tugas yang tertangguh hampir 4 tahun...rumah sudah diperolehi ...terasa aman sekali dan mudah dikunjungi...agak besar/selesa kerana memikirkan kesudian rakan taulan bertandang untuk bermalam sehari dua...

Tentunya semua atas pertolongan ikhlas semua rakan sahabat yang pernah bermesra dulunya...nampaknya sekarang BB Bangi, Kajang, Putrajaya dan KL menjadi pusat penginapan semula bekas warga malaysia yang pernah bermastautin di Amerika khususnya di DC..

Meriah sekali tentunya...kawan-kawan rapat yang ingin menyambung silaturrahim datang bila dijemput semasa Tahlil di rumah...tak sangka pula...boleh jumpa semua...Hjai Rosdi Huda..Che Lan/Fiza...Che Hashimi/Ada...Paduka Jali/Kak Rod..Kak Nur W.Bank...Panglima Kanapiah/Madiana...sedmua datang membawa anak/cucu....Asri & Ummi juga join sekali...Meriah dan riuh sekali..terkenang DC...

Maka kami pun merancang nak teruskan agenda...Alumni Dc akan pasti tercipta...Sasaran tujuan sudah direka...cuma menanti masa...convoi DC mengelilingi Malaysia...(Jangan mare orang sana terutama Sjn Husin/Yate, Kuzi/ Mokhtar..pulanglah...!)

Rasanya tak dapat nak berbicara lama...catatan sekadar menyapai khabar..bahawa sekadar bicara masih bernyawa.....tak kan patah dipertengahan jalan...patah sayap...bertongkat paruh...namun segalanya sekadar bicara....

Hotel King Park Garden, Tawau
12 Nov 2007
10.35am

Monday, November 5, 2007

BERPIJAK DI ALAM NYATA

SEKADAR tidak ditinggal lama sangkar 'blog' sepertimana peringatan kawan-kawan seblog, aku merampas dan mencuri peluang untuk mencoret sedikit catatan semasa tiba di tanahair tumpah darah...

Memang banyak catatan yang hendak dikongsi bersama tetapi kesempatan untuk berbuat demikian sangat terbatas...patah lagi dihambat dengan tugas yang sedia menanti...menentukan sekolah isteri (alhamdulillah dah dapat di Kajang)...hari ini nak mencari tempat kediaman setelah keluar hotel...menumpang di kediaman Kak Nur (WorldBank) di Prensint 10....

Setiap hari pertolongan kawan-kawan datang bertalu...Nampaknya semangat DC di bawa ke sini..berkumpul semula mengerat mesra pertautan saudara yang sudah terbina....Ahh! memang sangat terasa di saat kita memerlukan pertolongan...

Dari KLIA lagi sudah ditunggu kawan rakan baru dan lama...Che Rosllan/Fiza sekeluarga...Haji Rosdi/Hajah Huda sama Fahmi...Che Hashimi/Ada & semua anak memeriahkan suasana...Dr. Fakharuddin/Ust Zaharah...Dan yang terperanjatnya bila nampak Che Asri...Dia hantar di Dulles, tiba-tiba muncul menyambut di KLIA....meriah sekali....

Sekarang masih menumpang di rumah kak Nur...orangnya tetap seperti dulu...peramah dan mesra, lembut dan bersahaja...walau pangkat sudah tinggi...kiri kanan berjiran menteri...kak Nur tetap macam dulu..kini...dan selama-lamanya....

Pagi-pagi jam 6.45 datang Haji Rusdi menjemput kami..hantar ke pejabat dan bawa isteri ke Kajang...kemudian akan jemput hantar pulang...begitulah orangnya...sejak dulu suka membantu..walau singat perkenalan,tapi mesranya tetap seperti dulu...hari-hari bawa 'survey' rumah...bawa tengok kereta..dan macam-macam lagi...

Begitu juga Che Lan/Che Fiza...pejabat kami bersebelahan...banyak menghulur pertolongan...sekarang kami suami isteri kembali macam mula kahwin..sebab, Aifa di rumah Che Lan berkawan bersama Alia dan berapa malam...Alif pulang bersama Joe &Haziq ke Pendang menyampai salam emak abahnya yang tak sempat lagi pulang kampung...

Che Asri turut berperanan mencuri peluang waktu senggang membawa ke 'open house' sambil membantu mana patut...

Che Hashimi/Ada juga turut sama membantu menjadi egen pengangkut barang ke sana ke mari...cuma Pn.Rod/Paduka tak sempat jumpa kerana mereka sibuk membuat persiapan untuk ke tanah Suci...yang lain-lain cuma sempat 'calling' sahaja......Ummi pun hanya sempat call tanya khabar Radzi...katanya kelmarin baru nak operite..moga-moga selamat semua hendaknya...

Entah bila nak menjenguk ibu dan mentua di kampung...minggu depan ada projek di Tawau..minggu depan sekali lagi Penang...kata kerani...awal bln 12 baru ada projek di bawah saya di Kedah....hanya dapat cakap dengan mak (supaya tidak terasa hati ibu...) bukan sengaja tak nak balik segera..tetapi tugas sudah direka sebelum kita memijak tanahair tercinta....

Hingga di sini dulu, maaf dipinta...ketika mencatat telefon berdering...ada urusan di bahagian Perkhidmatan...segera...lepas ni berjanji...Haji Rosdi akan datang untuk urusan melihat rumah dan kereta....wehhh...banyak urusan perlu diberes segeras...jika ditangguh...susah jadinya...jadi, janganlah bertangguh-tangguh.....maaf..sekadar bicara akan bersambung lagi di lain masa....

Teringat rakan seblog...Husinfotopages...Aderin dan Syeila...kamu semua penguat semangat penerus bicara...cuma sekadar bicara...


Putrajaya,
6 Nov 2007
10.42am

Sunday, October 28, 2007

CATATAN PERJALANAN DI TANAH ANBIAK

AKU semakin rindu pada kekewan terutama sesama blog...gatal tangan untuk mencatat segala suka duka yang ditempuh semasa dalam kembara...semenjak meninggalkan bumi Bush, banyak perkara yang perlu disentuh...namun apakan daya...tiada kesempatan untuk berbuat apa yang dipinta...

Kini aku berada di tanah Anbiak..setelah sempurna menjalani umrah sera ziarah di Madinah...tiba di Mesir pada tengah malam 25 Oktober..ditunggu Ustaz Azahari & isteri di Cairo Airport.

Kini aku bersama keluarga serta Ust. Azhari sekeluarga di Iskandariah. Ust Azahari senagaja ambil cuti..anak-anaknya juga turut ponteng sekolah. Selain itu Ust Yazit juga turut serta bersama keluarga...Iskandariah yang jauhnya lebih 200km dari Kaherah bandar bersejarah. banyak yang adapat aku rakamkan terutama mahligai King Farouk yang dikatakan mempunyai 360 isteri...

kami disambut mesra Ustazah Habibah dan Ustaz Ya.Ustazah Habibah Atase Pendidikan di Iskandariah yang menggantikan Ustazah Zaharah Hashim...Makn tengahari di rumah beliau...berselera sekali maklum perjalanan jauh dan meletihkan

Cuma dalam perjalanan pekena roti canai besar talam...makan sepuluh orang pun tak habis sebiji...tahu berapa harganya....30 paund Egypt (RM18)...memang sesuatu yang menarik apatah lagi bila dapat melihat mereka membuat roti tersebut dari awal hingga akhir...

Maaf ya ..aku nak meneruskan perjalanan lagi, melawat sekitar Iskandariah...malam tadi pekena ikan bakar....makan 14 orang baru 130 p...baru USD24...murah le tu...tak jadi hal punya...

Ok...jumpa lagi ...salam ingatan semua terutama teman seblog...aku tak akan lupa untuk terus menulis dasn mencatat.....bukan sekadar bicara......

JPM Iskandariah,
27 Okt 2007
9.38am

Sunday, October 21, 2007

HARI-HARI TERAKHIR DI BUMI BUSH

HARI-HARI terakhir di bumi Bush semakin mendebarkan....Aku dan isteri semakin sibuk mengemas dan mempersiapkan segala mana yang patut...Undangan demi undangan diterima berserta dengan rumah terbuka...itupun cuma di sebelah malam...tekad menghabiskan puasa enam...walau bagaimanapun aku dan keluarga tetap 'tersentuh' dengan budi kalian...

Ini adalah catatan ringkas sekadar memenuhi hasrat teman-teman 'seblog' dan juga mereka yang setia mengikuti...sekadar bicara..

ISNIN: 15 Okt

Cuti sempena Aidilfitri...
Pagi-pagi lagi 'krew' Edgar tiba untuk membungkus barang-barang kami....Hari ini aku menjadi'mandor' melihat dan menolong apa yang perlu...
Petangnya, jamuan raya di Residen...aku tak dapat pergi...alasan perlu 'menyelia' pekerja Edgar...alasan kuat tentunya...nak teruskan puasa...

SELASA : 16 Okt

Setelah menyelesai apa yang patut..aku bergegas ke pejabat...dapat memo ke Putrajaya...ke JAPIM akhirnya aku...kepercayaan bos lama sangat kuhormati...walaupun hasrat di hati, nak pulang ke negeri...maklum lama berpisah dengan ibu yang kusayangi...

Pulang selepas tengahari...tujuan untuk persiapan, meninggalkan rumah memasuki hotel...transit sebelum berangkat pulang.... Pn Zaimun & Nabila mengiringi kami...meninggalkan kediaman yang banyak nastolgia & memori...

Malamnya 'berbuka' di rumah Pn. Saimun/Mejar Aziz....turut sera SS Husin/Yati...Adi/Syeila sudah pasti...Ahh, budi kalian menyentuh naluri...

RABU: 17 Okt

Pagi bergegas ke pejabat...niat menyelesai segala kerja...Nampaknya segala sudah beres...kereta, tiket dan segala visa...berkat pertolongan semua...hanya Allah yang akan membalasnya...

Pulang ke rumah...Krew Edgar masih bertungkus-lumus...tiga hari kerja membungkus....Akhirnya 6.30 ptg baru selesai...Aduhh! satu kontena sendat sekali...

Malamnya bergegas ke rumah Che Wan/Syikin...hajat di hati nak berbuka di sana...apakan daya..kita merancang, Allah penentunya....bersama keluarga teman seiring..Asri, SS Husin , Zainal Penn State tiba bersama...Rumah Che Wan/Syikin penuh undangan, Datuk Lat juga turut serta...

KHAMIS: 18 Okt

Kemuncak hari segala hari..aku dirai keluarga Embassy...tanda perpisahan sudah pasti...hati terharu siapa tahu...kusimpan segala...semoga ceria...agar tak tercurah airmata lara...terkenang budi kalian yang ada...

Malamnya, bersama Asri sekeluarga, SS Husin turut serta...Yati tak dapat bersama kerana 'kerja'...Jay tetap ada bersama menerima jemputan Che Mat/Ella....Makanan dihidang sangat istimewa...Bakso Java pilihan semua...daging bakar menyentak selara...wahh, untung Pak Mat dapat si Ella....Kami sekeluarga dianggap saudara...

JUMAAT: 19 Okt

Hari terakhir aku di Embassy...menyelesai kerja apa yang pasti....menyerah segala dokumen pada Cik Siti...agar semua senang di hati...tiada komen sepeninggalanku nanti...

Jam 1.15 aku bergegas pulang...setelah berposing kenangan dengan Liza, Siti, Ida dan Che Aznan ....Pertolongan kalian tetap kukenang...

Selepas solat Jumaat di 'masjid Bingo'....tugas akhir membersih rumah...siang malam isteri menyental...mana patut harus diselesai...Jika tidak...deposit langsai...Gigit jari tak guna menyesal....

Nampaknya petang ini segalanya all-out...Che Asri 'mengarah' krew telekom'- Zaki, Yuszaimi, Bepa semua diangkut...SS Husin sudah pasti..Yati yang demam terpaksa gagahi...Adi membawa anak segala...Sebelumnya Che Brahim kuamanahkan jadi 'penyelia'...

Rupanya...kerja si cleaner tak betul-betul clear...Che Asri minta dipanggil semula...Tak pasal-pasal Jay jadi mangsa...bertengkar dengan mereka yang tak reti bahasa...duit dah dikebas, kerja juga tarak memuas....buat semula dalam terpaksa...Hingga 'berbuka' kami terpaksa ditunda...Restoron Hunan di Herdon kami pergi juga....Dalam angin kencang menggila...

Tinggal Sjn sama Yati..laki bini sama naik kaki...tak terlawan segala bakti...panjat siling dilakukan Yati ...aduhhh...gugur airmataku tanpa disedari......banyak sekali jasa bakti ditaburi...kuanggap kalian, saudara sejati...kan kuingat hingga ke mati...

JAM 11.30 kami tiba rumah Cik Siti...memang sebelumnya sudah berjanji....Bersama Asri, Sarjan, Adi, Aderin serta Yuszaimi...kami membelah dingin malam sepi...mengangkat segala yang masih berbaki, rumah Cik Siti menjadi lokasi....setelah malam sebelumnya, bersama Jay Uniqiu kami pergi...bawa barang untuk donate...
SABTU: 20 Okt

Aku suami isteri 'beraya' hari ini....cuma sempat breakfast di hotel..sebentar nanti egen rumah nak mari...nak buat pemeriksaan' segala pasti ...moga-moga deposit dapat kembali...itulah harapan kami....

Jam 11.30 pagi..seperti dijanji...rumah Che Aznan kami tujui....rupa-rupanya kami tak sendiri; Datuk Lat anak isteri juga Asri tanpa isteri....tak lama kemudian datang Kak Yam bersuami Jerry....Nasi lemak, lontong kami kecapi...maklum raya enam kami hari ini.....Terima kasih Che Nan & Eton...jasa bakti tak dilupai...

Petang pula rumah Lt.Col Hisyam/Pn. Fazillah kami tujui...Open House terakhir kami hadiri...tetamu hadir meriah sekali, Dr. Yap, Dr. Tiaga ada sekali...Senyum Col suami isteri berseri-seri...banyak juga pertolongan mereka terhadap kami...maklumlah ada 'hubungan senegeri...Tegganu kita punya isteri...

Malamnya pula ke rumah En Brahim/Pn Zaimun lagi...Besar sekali pertolongan keluarga ini pada kami...sudah tersurat macam keluarga sendiri..tak terbalas jasa diberi....

Bila tiba ramai yang dah menanti..sekali lagi pohon dimaafi...bukan sengaja ...tapi baru selesai urusan peribadi...shopping terakhir bersama Asri....Doa dibaca...juadah dikecapi...wow! laksa Pahang, mee... entah apa tak tau...menyentak nafsu..tapi hati di dalam menjadi sebu...tersekat selera menahan nafsu...melihat kawan ramai menyerbu...bawa segala anak dan ibu...

Pulang ke hotel dengan harapan...menyelesai tugas yang masih menghalang...Jay ikut kami pulang...Dapat telefon dari Che Lan...Hashimi pula turut membuat panggilan...bertanya bila jadual pulang..hubungi juga sahabat kenalan...Che Rusdi/Huda juga Kamaruzzaman (KZ)....
Jam 12.00 Jay pun pulang...Aku tahu...hatinya sepi dan kesayuan....banyak budinya tak terbilang....

AHAD:21 Okt

Pagi ni selepas subuh aku menyetuh 'blog'...sentuhan terakhir sebelum bertolak...belum habis, Asri datang, untuk breakfast di hotel....SS Husin call beritahu kami...gambar disusun belum selesai...tok..tok..pintu diketuk...tup-tup bawa apa yang dikata...barangnya kecil mengandung pelbagai cerita....terima kasih...tak dapat nak cerita....

Tengahari ini 'perhentian' aku sekeluarga di rumah Che Asri/Azura...memang keluarga ini sudah terbiasa..menghulur tangan membuat jasa tanpa mengira siapa...Kami sudah bagai saudara...

Baru sebentar Jay tiba..bawa buah tangan untuk Alif/Aifa...akhirnya bergegas menjalankan dan 'kerja'...Amanah kawan hendak dilaksana...aku hanya memandang cuma...entah kenapa hatiku tiba-tiba menjadi hiba....Jay maafkan segala...

Petang ini tamat semuanya...sampai giliranku pula bersama keluarga...Bumi Bush banyak menyimpan rahsia....segalanya kubawa pulang semua....mengarap kenangan tak mudah lupa...Semoga segalanya menjadi nastolgia....BUDI KALIAN KUSIMPAN SEGALA.....

Hanya ini dapat kukata....segala-galanya...bukan...bukan lagi...sekadar bicara.....


Homewood Suites
21 Okt.2007
10.17am

Friday, October 19, 2007

DETIK PERISTIWA MENYINGKAP MAKNA

DETIK waktu berlalu terlalu pantas semakin mendekatkan jarak untuk aku sekeluarga meninggalkan bumi 'Bush' ini....

Hari ini kemuncak aku di sini...Majlis Perpisahan untukku dan isteri...pagi jam 10.45 mengadap PYT Duta....walaupun beliau kesibukan masa tapi masih sedia untuk 'bermesra' dengan kami bertiga...jam 11.10 ketika aku turun sudah ramai yang menunggu setia....

Aku menjadi terharu tiba-tiba...ramai yang hadir dari 'tingkat' atas hingga 'tingkat' bawah, kecuali yang sedang bercuti atau bertugas di luar kawasan.....Hatiku tiba-tiba berdebar...berbaur rasa sayu, sedih, pilu yang akhirnya menjadi satu ....mengumpulkan mutiara jernih di kelopak mata...namun cepat-cepat kusedarkan diri...jangan ikutkan emosi...kan hilang seri diri...

Aku menyapa sambil bersalam semua rakan....Kusembunyikan rasa keharuan yang semakin mencengkam, kulemparkan senyum semoga majlis menjadi ceria...ahhh..apa salahnya sekali sekala kita sedikit hipokrit dan berpura-pura....Yahhh, nampaknya majlis selesai dalam suasana riang ria...kulihat Ambassador turut bergembira...Walaupun semua dipenuhi gelak ketawa, siapa tahu hati di dalam tetap bergelora!!?

Sebenarnya aku amat teruja dengan sambutan di luar duga...Terima kasih segalanya...terima kasih Embassy Club selaku penaja...Perwakilan juga BAKIS tidak ketinggalan...bersatu mengatur segala...tak terbalas segala jasa ....semua... semuanya...tak terbilang satu persatu...khuatir tercicir, terhiris kalbu...

Anak Dara di sebalik tabir,
Mengintai teruna berjalan ke hulu;
Biar senyum sentiasa di bibir,
Hati terluka siapalah tahu...

Atas permintaan ramai (terutama ibu Che Isham), kucatat kembali pantun yang kuucapkan:

Kalau tuan menunggang kuda,
kuda bersih berwarna putih;
hendak satu datang dua,
mana nak sama isteri yang kupilih...

Asam jawa di dalam sumpit,
diletak Mak Tunggal di atas peti;
buat penyedap rasa curry mee,
hendak kubawa perahuku sempit;
hendak kutinggal tak sampai hati,
Don't forget, always remember me...

Degawan susuk Sahara manjalara,
Itulah fouverite our director,
Tangan dihulur penutup bicara,
Ampun maaf hamba pinta....


Akhir kalam penyudah kata,
setiap kata tersaji makna;
semoga berjumpa di lain masa,
lewat coretan..sekadar bicara...

Homewood Suites, Virginia
8 Syawal 1428H
7.50am

Wednesday, October 17, 2007

Sekadar coretan cuma

SEBENARNYA aku sibuk benar dua tiga hari ini...yelah nak 'sentuh' blog pun tak sempat...Sejak dua hari lalu packer datang..hingga hari ini masih belum selesai...bimbang juga aku...manalah tau...cempedak menjadi nangka?!...

Kelmarin aku masuk hotel 'Homewood Suites' dekat dengan rumah Adi/Syiela juga Pn Saimun/Mej.Aziz...

Semalam aku 'berbuka' di rumah Pn. Saimun/Mej.Aziz...malam ini rezeki aku di rumah Che wan/ Syikin...esok malam che mat/Ella dah booking awal-awal...Kesian Jay dok cari tarikh untuk bawa kami lunch/dinner...terima kasih kawan-kawan yang menghulur simpati...

Nampaknya semakin hari semakin hampir aku akan meninggalkan bumi 'Bush' ini...terasa kesayuan untuk meninggalkan kawan-kawan semua...namun apakan daya, arahan mesti dipatuhi...lagipun aku telah lama di bumi ini...ibu dan keluarga serta anak-anakku di sana sedang menanti....

Oh ya...aku baru dapat tahu akan 'ditempatkan' di Putrajaya - Ringkasnya aku akan bertugas di jabatan Pendidikan Islam & Moral, Kem. Pelajaran (JAPIM) bermula 1 November ini. Aku akur malah aku berterima kasih atas kepercayaan bos aku...

Setakat ini dulu...nanti disambung lagi...fikiran tak tenteram...kerana ada tugas yang belum selesai...sekadar ini sahaja yang mampu aku lakukan, lewat Sekadar Bicara...

Washington D C
6Syawal 1428H
2.04pm

Monday, October 15, 2007

REZEKI DI MANA-MANA

PAGI ini aku mendapat panggilan (miss call)daripada anakku, Jo. Setelah dibuat panggilan semula aku dimaklumkan bahawa Che Lan serta Che Fiza sekeluarga sedang bertamu di rumah ibuku di kampung...

Katanya balik beraya di Kedah langsung teringat anak-anakku yang beraya 'tanpa' emak abah di sisi....Alhamdulillah.... terima kasih... terubat sikit rasanya rindu anak-anakku...

Semalam aku tidur sedikit lewat...bukan apa...cuma berkemas mana patut, kerana barang-barang akan 'dibungkus' Edgar esoknya....Balik dari rumah SS Husin/Yati pun dah lewat...Cuma aku sekeluarga, Adi/Syiela & anak-anak serta Yuszaimi (Kesian...isteri balik kampung). Selalunya begitulah..Dah tabiat kami... datang awal dan balik paling lewat....(Itupun rumah tertentu sahaja....)

Malam tadi aku 'berbuka' di rumah Pn. Rohaya (kakak Siti MSD). Aku sekeluarga dibawa oleh Si Teruna Aderin...setelah sedikit tersesat kami akhirnya sampai juga...Kebetulan waktu telah masuk, maka apalagi kami pun menjamu selera...maklumlah seharian tak makan...juadahnya pula cukup 'mengancam'; nasi hujan panas, kari ayam, nasi himpit dan lontong serta rendang ayam dan daging serta kuih muih yang pelbagai cukup mengoda...

Setelah selesai solat Maghrib kami bergegas ke rumah SS Husin...ada suprise konon...Tiba di sana tetamu telah ramai...macam kenduri kahwin pula...

Sebelumnya Pn. Saimun/Mejar Aziz juga turut mengadakan rumah terbuka...Begitu juga aku tak dapat memenuhi hajat Pn. Salmy Hashim...

Aku agak keletihan hari ini, walaupun cuma menjadi 'mandor' melihat pekerja Edgar membungkus.....Pagi-pagi lagi SS Husin/Yati datang menjenguk, kemudian Pn. Fadzillah, Faizal, Che Mat/Ella, Aderin, Jay dan Pn. Zaimun bersama Izzat....

Rasanya banyak lagi hendak kuluahkan, tetapi Che Asri call minta datang ke rumahnya segera...Memang malam tadi dia dah berpesan, minta aku & isteri berbuka di rumahnya...maklumlah bukan saja Che Zura rajin memasak, tambah bersemangat dengan bantuan Che Wati, isteri Che Zainal Penn State....Syukur alhamdulillah, rezeki sentiasa ada di mana-mana...

Terima kasih semua...hanya itu yang dapat kuhulurkan lewat Sekadar Bicara....


Cedar Mill CT, Vienna
4 Syawal 1428H
6.13pm

Sunday, October 14, 2007

CATATAN HARI MINGGU II

HARI minggu - raya ketiga - mentari bersinar megah, namun udara di luar tetap dingin...sedingin aku mengadap skrin laptop untuk meneruskan catatan ini...

Aku dan isteri meneruskan azam untuk berpuasa, sahurnya sekadar sebiji khurma, secawan yogurt dan segelas air suam...sementara isteri mungkin segelas air cuma, alasannya kenyang semalam - bermula dengan 'berbuka' di rumah bos...'melantak sakan' nasi minyak ayam golek..dua kali tambah...akibatnya nasi himpit dan ketupat diketepikan, walaupun sudah terbukti lazat masakan Cik Siti dan Tatik...!

Kemudian beredar ke rumah Che Isham/Pn. Laily kerana mendapat 'panggilan' dari S/Sgt. Husin dan Adi kerana katanya Che Isham ajak solat jamaah bersama di rumahnya...Setelah menunaikan solat, beredar ke atas..kelihatan Tn. Hj Zuffri... (Berunai), sajak segak berbaju melayu hitam lengkap bersamping, sedang menanti...

Melihat juadah memang terliur, dicuba semangkuk mee kuah 'penangan' Pn. Laily dicampur resepi tambahan ibu mertua kesayangan(yang memang disembunyikan....) memang 'terangkat'...Secawan kopi pekat..membuatkan perut semakin menyendat...

Setelah Husin Foto (Sjn Husin la tu) dan Adi sekeluarga memohon permisi untuk ke rumah Che Mat Aeron World Bank..aku sekeluarga beredar ke rumah Che Zainal bersama Che Isham sekeluarga...(Che Isham demam terkejut akibat serangan bertubi-tubi dari 'peminat' termasuk rombongan pelajar...entah berapa periuk nasi ditanak...tapi bila sudah keluar dari ' sangkar' badan jadi segar tiba-tiba...)

Tiba di rumah 'Ujang' ..suasana sudah sunyi sepi...mungkin dah bersiap-siap untuk 'belayar'... setelah seharian melayan undangan...Aduhhh..bila menjenguk di meja, mee kuah 'Tompin' menyentak selera...rupanya che Isham dah tak panggung kepala...menikmati mee Che Milah punya angkara..walaupun di rumahnya sudah tersedia...deman yang ditanggung 'kebah' tiba-tiba...Aku juga turut merasa..sesudu disuap... Aifa, anak bongsuku menyambar...akibatnya, berputih mata...

Melihat pulut tanak, serunding daging dan ayam tok-tok, memang mencairkan liur...tapi hati di dalam cepat berkata: 'Hindari pulut...kerana pulut santan binasa...kerana pulut juga badan merana...' akhirnya aku telan teh o cuma....

Sebelum beredar SS Husin call, katanya Che Mat World Bank jemput ke rumah...hajat di hati inilah kunjungan penyudah..bila perut sudah membuncit, matapun mula mengecil...namun apakan daya ...tak sampai hati , hajat orang nak dihampa..akhirnya bersama che Isham kami meneruskan kembara...

On the way Che Asri call...di mana gerangan berada? Lalu diberitahu program semerta...Rupa-rupanya dia juga berminat untuk turut serta...Akhirnya bersama keluarga dia tiba... Zainal Penn State pun turut sama...

Sekali lagi hati merintih...bukan angkara juadah habis..tapi nasi dagang punya angkara, ikan tongkol pembuka selera...memang kesukaan sejak kawin dengan orang 'Tegganu kite'...nah kucuba juga sepiring cuma, bukan tak suka...eh..eh perut mau 'maintain' punya...

Che Asri /Zainal pulang segera...esok pagi ada cerita...Rancangan sulit sudah dibina... rumput panjang perlu ditajak...Che Isham sekeluarga turut pulang, mungkin sudah lenguh seharian melayan 'pelanggan'... Mungkin mohon dipicit buat menghilangkan ketegangan....kaki tangan!!

Tiba-tiba HP berdering...Rupanya Che Husin/Adi masih bertandang di rumah si Aderin bujang...katanya ada projek..jangan tak datang..kasihan, anak bujang baru ditinggalkan..ibu pulang setelah lama 'bermanja' dengan anak kesayangan...tak sampai hati pula nak hampakan ajakan...

Sebaik tiba, kelihatan anak Adi/Syilla bergelimpangan...tidur nyenyak angkara ibu bapa punya cerita..

Sudah lama tidak menjenguh kediaman anak bujang ini...sekali pandang hati di dalam terkesima...rumah kemas tersusun rapi...mengalahkan orang kelamin punya dekorasi...tapi sayangnya sampai sekarang hidup sendiri...nak kata hitam putih berseri, nak kata 'kontot', badan tegap berotot, alang-alang mencairkan hati semua dara...

Wah...banyak kuih terhidang di meja...semuanya berselara...tapi apakan daya...tak baik mengamalkan 'supper'...hanya teh bujang menjadi pilihan...sekadar menjaga hati kawan...

Rupanya memang ada agenda...Che Husin memang 'kemaruk' kamera...bila berkumpul rakan sepatner..apalagi disuruh possing bermacam rupa...Yati pun sama...memang laki bini minat serupa...moga-moga rumahtangga rukun selamanya...

Malam lewat permisi dipinta...lama-lama nanti di'tow' kereta....tak pasal-pasal kena bayar denda...itu hukum hidup di Amerika...bukan boleh parking ikut suka...jika esok masih ada...kita sambung bicara....cuma Sekadar Bicara....

Cedar Mill CT, Vienna
3 Syawal 1428H
11.05am

Saturday, October 13, 2007

AIDIL FITRI DI RANTAUAN

AIDILFITRI kali ini kurasakan mendapat sambutan di luar dugaan. Selain komuniti Malaysia di DC terdapat juga tetamu luar seperti Brunei, Indonesia dan lain-lain negara yang turut beraya hari ini, membanjiri Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC untuk sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Ramai juga yang tidak turut beraya hari ini, termasuk komuniti Malaysia di sini...Memanglah semua beranggapan hari raya jatuh pada Sabtu...suasana agak kelam-kabut juga dibuatnya apabila mengetahui melalui maklumat dari Islamic Center ...

Pada mulanya aku pun tidak percaya, bila dimaklumkan oleh Haji Suhaimi, Sjn Husin, Jay dan lain-lain bahawa raya telah ditetapkan pada Jumaat.... Untuk mendapat kesahihan, Pn Ann meminta En. Aderin menghubungi Islamic..setelah berkali-kali call, sahlah RAYA pada JUMAAT...Selepas itu HP aku berdering-dering....panggilan dari kawan-kawan dan juga komuniti Malaysia untuk memastikan bila raya...Tentulah masing-masing terkedu...tidak sangka...

Sebenarnya aku sibuk hari itu berurusan dengan carmax...(Terimakasih banyak kepada Che Asri dan Che Mat yang sekali lagi menghulurkan bantuan...Juga Ibu Diana yang banyak menolong...Juga Yuszaimi yang terpaksa berbuka dengan aku di Carmax...Tiba di rumah jam 8.00...berkejar ke rumah Cik Siti untuk sama-sama bertakbir.... ).

Sebenarnya di sebelah paginya, PYT Datuk Ambassador telah meminta pandanganku...untuk melewatkan sedikit solat Aidilfitri bagi memberi peluang kepada tetamu yang jauh untuk datang sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri...takbir yang dijadualkan jam 8.30 pagi dan disusuli solat 9.00 pagi dirasakan terlalu awal...sebelumnya akupun telah dihubungi oleh Puan Ann, untuk beliau mengeluarkan pekeliling kepada semua berhubung perjalanan program hari raya...Akhirnya surat dikeluarkan berdasarkan apa yang telah dibuat pada tahun-tahun lalu...

Setelah aku memaklumkan kepada Ambassador bahawa tidak menjadi halangan untuk kita menunda masa solat kerana sememangnya solat Aidilfitri ' digalakkan' supaya dilewatkan sedikit berbanding Aidil Adha....selain alasan untuk memberi peluang kepada yang jauh supaya dapat sama-sama menyertainya, Islam terlebih dahulu mempunyai alasan yang lebih konkrit, iaitu memberi peluang umat Islam memperbanyakkan lafaz takbir....Selepas solat, takbir tidak lagi dilafazkan...

Demikian alasan lain...untuk memberi peluang kepada umat Islam yang belum sempat menunaikan zakat fitrah, bolehlah berbuat demikian sebelum solat....selepas solat tidak lagi dikira sah...dan dianggap sedekah....Nabi berpesan yang mafhumnya: Sesiapa yang tidak mengeluarkan zakat fitrah, puasanya tergantung antara bumi dan langit....
Justeru, sebelum solat, kita sering memperingatkan supaya tunaikan zakat terlebih dahulu....

Berbeza dengan Aidil Adha...digalakkan bersegera...alasannya: Takbir boleh dilaungkan selama tiga hari berikutnya (hari Tasyriq). Alasan lain supaya lepas solat untuk segera menunaikan tuntutan lain iaitu BERKORBAN...( nampaknya perkiraan ini bolehlah dibuat bermula Aidil Adha akan datang - yang dah lepas hanya sekadar kita merancang...sekali lagi perancangan Allah yang lebih baik...)

Namun segala-galanya berjalan lancar...Nasib baik persiapan dibuat lebih awal...Jay dengan bantuan krewnya telah mempersiapkan dewan solat...begitu juga Pn. Zaimun, ibu Diana seperti selalu sudah diberi kepercayaan untuk mengurus makan minum...Rakan-rakan lain juga turut membantu mengatur kerusi meja...semuanya bekerja dengan rela...tak sanggup nak menyenarai satu persatu nama...bimbang tercicir nanti ada yang merajuk hati...Namun demikian aku percaya....mereka melakukan segala... bukan kerana nama... hanya mengharapkan keredaan Allah cuma...

Hari ini aku bangun bersahur bersama isteri untuk menunaikan sunat puasa enam (Aku ambil peluang, dibimbangi bila pulang nanti, kesuntukan masa...terlepas pulak...) setelah solat Subuh aku berbaring sambil mendengar alunan ayat suci dari Qari Al Basit...Kemerduan suaranya yang mengasyikkan 'menjemput' aku kembali ke alam mimpi....

Deringan telefon Liza, bertanyakan nombor telefon Che Zainal...mengejutkan aku...jam 9.00 pagi...aku bangun berwuduk..seperti selalu menunaikan solat sunat Dhuha...memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa..pohon disempurnakan seharian hidup...dimurahkan rezeki halal...dijauhkan segala malapetaka...

Jam 10.00 Ummi & Razi datang ketika aku baru memulakan 'catatan' ini....Mereka berdua akan kembali ke Malaysia hari ini bagi tujuan perubatan pembedahan Razi...berkunjung untuk mengucapkan 'sayonara' kepada kami sekeluarga...Terasa keharuan amat, mengenang insan tabah semulia Ummi...belum tentu ada insan lain secekal beliau....sentiasa kelihatan happy go lucky...hanya yang mampu kami lakukan, sekadar menitipkan rasa simpati...(Maafkan kami sekeluarga, Ummi..jika tak tersengaja mengguris hati...)

Hari ini juga selain membantu mengemas apa yang perlu, aku juga akan berkunjung ke rumah terbuka Che Hisyam, Che Zainal..dan rumah bos aku Cik Siti...Esok ada lagi, rumah Pn. Salmy dan Pn. Siti Roslizah..setelah semalam mengunjungi rumah Che Asri/Pn Zura, Pn Zaimun/En. Berahim dan Che Aznan/Pn Eton...Niatnya nak 'lepak' di rumah Sjn Husin/Yati...kerana malam masih awal...bila Adi hubungi, mereka sibuk...kuih ditempah belum siap lagi....Batalkan sahaja niat di hati...

Balik ke rumah...isteri hubungi anak-anak di kampung, walaupun malam sebelumnya sudah bercakap berjela-jela...demikian hati seorang ibu...malangnya aku tak dapat bercakap dengan emak, kerana belum pulang berziarah..., selepas solat sunat di surau berdekatan rumah...

Hari-hari berikutnya sehinggalah aku dan keluarga meninggalkan bumi Bush ini, ramai kawan-kawan dah booking....Nampaknya terpaksa menziarahi sebelah siang, jika ada rezeki menjelang Maghrib bolehlah aku turut 'berbuka'...di rumah siapa yang sempat...

Tahun ini bukan sahaja tidak buat open house, periuk belanga pun dah 'digantung'...tunggu jemputan ihsan kawan-kawan....Sorry..Zainal, Wati dan anak-anak yang berkunjung dari Penn State..nampaknya terpaksa menumpang rumah 'adik angkat' (Mr.Asri)...walaupun dah janji nak tumapng rumah kami..ramai yang sudi menghulur tangan...(Sesetengah rumah kawan-kawan, aku dah tak malu menyelongkar periuk belanga, macam rumah sendiri!)

Apa yang pasti...aku amat bersyukur pada Illahi..diberi kekuatan dan kestabilan kesihatan...kerja yang diamanah dapat dilaksanakan...walaupun banyak kekuarangan...namun bantuan kawan rakan, membakar semangat untuk terus menunaikan tanggungjawab yang diberikan...

Kepada semua hanya mampu aku titipkan doa..agar persahabatan kekal selama...Maafkan segala...kita hanya insan biasa...pasti ada cacat cela....segala pujian hanya Allah yang layak menerimanya...Aku hanya mampu 'bertinta'...lewat sekadar bicara....

Cedar Mill CT,
2 Syawal 1428H
11.46am

Friday, October 12, 2007

SALAM KEMAAFAN UNTUK SEMUA

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILAHILHAM...

Demikian gema takbir memecah kesunyian pagi....Buat kesekian kalinya untuk empat kali berturut-turut aku beraya di perantauan...jauh dari ibu kesayangan dan kaum keluarga yang sentiasa di mata...malah tahun ini bertambah sayu dan terharu kerana terpaksa berjauhan dengan emapt orang anak-anak tercinta...

Tahun akhir aku di sini lebih terasa keakraban persahabatan...gelak ketawa..senda gurau..rajuk hiba bersatu menjadi memori yang sukar dilupa...sebagai manusia biasa aku adalah lemah segala...tiada kekuatan melainkan Allah jua...

Sekadar menitipkan perasaan hati...menyelak memori lalu...terhimpun suka duka yang bersatu mencipta pengalaman yang tak terbeli di mana-mana...

Segala-galanya aku dan keluarga sekadar mengharapkan hubungan silaturrahim ini berpanjangan...BUDI KALIAN KAN KU BAWA KE MANA-MANA...

MAAF ZAHIR BATIN

Hanya sekadar ini yang dapat dinukilkan...sebagai meraikan hari kemenangan....selebihnya hanya Sekadar Bicara.....

Cedar Mill CT,
1 Syawal 1428H
6.53am

Wednesday, October 10, 2007

PENGALAMAN BERADA DI NEGARA BUSH

HARI ini genap tiga tahun tujuh bulan (bermula 10 Mac 2004) aku berada (bertugas) di negara ‘Bush’...

Banyak pengalaman dan pengetahuan dapat dirakamkan. Benar kata orang, ‘jauh berjalan banyak pengalaman’. Sesungguhnya pengetahuan berdasarkan pengalaman sendiri sukar dibohongi.

Masih dalam ingatan sewaktu mendapat tawaran (arahan) bertugas di sini, spontan ibu bersuara agak gusar, “ Tak ada ke tempat lain nak kerja selain negeri Bush?”

Jelas di wajahnya tidak ceria. Walaupun ibu wanita kampung yang dianggap tidak mempedulikan hal ehwal semasa, apatah lagi yang menyangkut politik dunia, namun kemasyhuran ‘Bush’ yang dianggap ganas dan kejam terutama kepada masyarakat Islam dunia sedikit sebanyak mengundang keresahan hatinya untuk melepaskan anaknya pergi.

Tindakan-tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan prasangka buruk yang tidak berkesudahan terhadap orang Islam serta sering mencari sebab untuk bersengketa dengan negara-negara Islam sepanjang pemerintahannya sudah cukup merisaukan hati semua orang.

Apatah lagi tuduhan terhadap militan Islam yang sehingga ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya di atas peristiwa tragis 11 September 2001 sekaligus mengubah persepsi masyarakat Barat terhadap Islam.

Orang Islam dianggap sebagai ‘terrorist’. Penjenayah dan pemberontak serta suka berperang... Islam sentiasa diragui dan dicurigai.

Namun demikian, benarkah semua orang Barat memusuhi orang Islam? Apakah setiap gerak- geri orang Islam diperhati dan diintip? Tidakkah terdapat di kalangan rakyat Bush yang berhati putih dan memprotes tindakan pemerintah mereka?

Sebagai bukti, kekejaman yang ditunjukkan oleh Bush terhadap Iraq mengundang kemarahan yang bukan sedikit daripada rakyatnya. Mereka malah turut mengadakan demontrasi membantah kekejaman berterusan yang dilakukan oleh regim Bush.

Masih banyak sikap terpuji yang boleh dijadikan teladan dan ikutan, yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh penganut Islam sendiri.

Beberapa contoh boleh dijadikan panduan...Semasa di jalanraya umpamanya, setiap pemandu akan mematuhi had kelajuan yang ditetapkan. Tidak berlaku potong memotong jika ingin cepat... atau memarahi pemandu di hadapan dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan mengacu-acu penumbuk kepada pemandu yang memandu seperti ‘kura-kura’.

Penjalan kaki dan penunggang basikal diberi keutamaan melintas jalan. Kenderaan berbaris panjang di kiri kanan sementara menanti bas sekolah dengan penuh tanggungjawab mengambil dan menurunkan kanak-kanak sekolah.

Semenjak berada di sini, tidak pernah aku mendengar kanak-kanak sekolah digilis atau dilanggar kereta semasa melintas jalan. Jauh sekali untuk mendengar kanak-kanak mati terjatuh semasa naik atau turun dari bas! Mungkin ada tapi bak kata P. Ramlee: 'jarang-jarang'...

Justeru jarang didengari kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa di sini. Tidak pernah pihak kerajaan melancarkan ‘ops laju’ atau 'ops sikap' atau apa jua kempen untuk mengurangkan kemalangan hatta pada musim-musim perayaan.

Dari aspek keselamatan harta benda, rasanya setiap penghuni rumah merasa terselamat. Aku yang tinggal di Vienna (Virginia), mendapat jiran-jiran yang begitu baik... Rumah –rumah tidak berpagar cuma dipisahkan oleh pokok-pokok bunga yang ditanam dan dijaga dengan rapi. Apabila hendak vocation atau musafir beritahu sahaja jiran...mereka akan menjadi pengawal tanpa bayaran....

Sukar sekali menemui rumah-rumah yang memasang jeriji besi, walaupun dinding dan pintunya daripada cermin kaca yang mudah diketuk orang untuk memasukinya secara ‘haram’. Beberapa kali aku dan keluarga keluar rumah ‘sengaja’ tidak mengunci pintu, namun tetamu tidak diundang ‘tidak sudi’ memasukinya.

Malah jika meletakkan kasut atau basikal yang tak berkunci di luar rumah tidak ada sesiapa yang ingin ‘mengambil’! Kawan-kawan pernah bergurau, ‘kalau di tempat kita, kasut dan selipar buruk pun disapu..’

Teringat aku kebanyakan rumah di Malaysia pasti akan memasang jeriji besi sebagai langkah keselamatan . Tapi akhirnya menjadi mangsa 'api' kerana tiada kesempatan mencari kunci yang entah di mana disimpan...

Budaya ‘I’m sorry’ / ‘excuse me’ / ‘ thank you ’ agak sinonim dengan masyarakat Barat. Selalunya jika mereka merasakan diri melakukan kesilapan, cepat-cepat mereka melafazkan ‘sorry’....

Kadang-kadang kita turut terpinga-pinga seperti tidak percaya, apabila kita tidak sengaja memijak atau melanggar mereka, mereka akan segera berkata ’sorry’. Begitu juga dengan kalimah lain seperti excuse me dan thank you yang sering bermain di bibir mereka.

Banyak lagi contoh baik yang boleh diketengahkan untuk dijadikan teladan, terutama masyarakat Malaysia yang semakin terhakis dengan sikap sopan santun dan budi bahasa.

Nampaknya ‘Budaya Timur’ yang menjadi kemegahan kita selama ini semakin 'membudaya' di negara Barat.

Sikap mudah memberi pertolongan dan ringan tulang, juga sikap sabar serta sanggup mendahulukan orang lain, terutama ketika emergency patut dipuji... Disiplin tinggi di jalan raya, di premis-premis awam, mengutamakan orang-orang kurang upaya...menjaga kebersihan (sehingga sanggup mengutip najis binatang peliharaan dan dimasukkan ke dalam plastik untuk dibuang...) sesuatu yang tidak mungkin dapat dipraktiskan oleh ramai orang termasuk orang Islam sendiri yang sememang (agamanya) mementingkan kebersihan dan kesucian...

Ini tidaklah bermakna, semuanya okey belaka...Ada baik, tentu ada juga buruknya...Ini sudah lumrah dunia...Yang baik jadikan teladan manakala yang buruk jadikan sempadan...paling tidak dapat diterapkan dalam budaya hidup kita sehari-hari...yang semakin bobrak dan kemanusiaannya tidak lagi berperi...laksana kehidupan rimba... yang kuat meratah yang lemah...yang dhaif menjadi mangsa kepada mereka yang rakus...

Semoga menjadi panduan dan ingatan...ingat pesan orang tua-tua... bahawa jangan mudah membuat keputusan baik buruk seseorang dengan sekali pandang...sesungguhnya tidak semua yang dipandang jelik, mungkin sebaliknya tersaji keindahan yang tidak pernah diteroka...manakala yang dirasakan baik, enak dan selesa, tersimpan racun yang berbisa...

Demikianlah sekadar catatan untuk ingatan bersama...selebihnya sekadar bicara....


Washington D.C
28 Ramadhan 1428H
1.04pm

Monday, October 8, 2007

BERPUASA DI PERANTAUAN

PAGI hari minggu, seperti biasa jika tiada kerja aku sambung tidur selepas menunaikan solat Subuh. Pagi ini aku tidak mempunyai program ke mana-mana...cuma membawa anak bongsuku, Fatin Aifa ke klinik kerana diserang demam dan batuk..

Anak aku yang berumur 7 tahun itu hendak meneruskan puasa yang masih belum ditinggalkannya...namun aku nasihatkan supaya berbuka..'Adik boleh tinggalkan puasa, sebab adik demam..jika puasa, nanti macam mana nak makan ubat...Tuhan tak marah sebab adik sakit...Nanti adik boleh ganti kemudian...'kataku separuh memujuk.

Abangnya Alif juga masih mempertahankan puasanya agar jangan terburai...Aku harap anak-anakku yang jauh dari mataku juga akan berpuasa penuh..maklumlah dah besar panjang...buruk benar 'orang tua' yang tak berpuasa...lebih-lebih lagi yang tidak punya apa-apa keuzuran...

Teringat masa aku kecil dahulu sebaya umur anakku, setiap hari makan sahur tak pernah miss...tapi kadang-kadang puasa 'yamyuk' (bangun pagi seluk periuk)...Pura-pura buat letih... supaya emak ayah tak tahu...Sebab hukuman orang tua-tua dulu jika sesiapa tak berpuasa akan 'didera' supaya tidak berbuka bersama dengan orang yang berpuasa...Duduklah di ceruk dinding sambil mengigit jari dan menahan liur...

Ramadhan tahun ini sudah empat kali aku berpuasa dan beraya di perantauan...tahun ini rasa sedih juga kerana empat orang anak-anak aku di Tanahair...Namun demikian aku bersyukur kerana tiga daripadanya (Farhan, Ezzah dan Syazwan) dapat berpuasa dengan ibuku tahun ini...dapatlah ibuku mengubat rindu...Yang seorang lagi, Hikmie @ Joe di KL...rasanya tak menjadi masalah baginya...cakap dalam telefon selalu dengar happy aje...

Nampaknya hari-hari akhir Ramadhan ni, aku sekeluarga dijemput berbuka di rumah kekawan. Minggu lepas (Ahad) bos lama aku Dr. Zahratul buat majlis iftar dan tarawikh, Sabtu kelmarin Tn Hj Suhaimi jemput ke rumahnya di Maryland...Ahad, di rumah bos aku Cik Siti, iftar dan tarawikh jemput student sekitar DC, Virginia & Maryland...Petang ni (Isnin) Mr. Asri booking untuk ke rumahnya...dan esoknya sahabat aku S/Sjan Husin/Yati ajak berbuka di rumah mereka...sebelumnya Pn. Zaimun/En. Brahim dan L.Kol. Hisyamuddin/ Pn. Fazillah ...seterusnya hari-hari berbaki aku menunggu jika masih ada yang sudi...(Memang tak malu...)

Seperti mana dalam catatanku yang lalu, di awal Ramadhan, aku banyak berbuka bersama pelajar dalam program Kembara Ramadhan ....Semasa 'ketiadaanku', anak-anak dan isteriku dijemput ke rumah sahabat-sahabatku untuk berbuka bersama mereka...

Memanglah hari-hari terakhir aku & keluargaku di sini, rasa semacam vacuum...Nak dikatakan sedih tidaklah pula...nak dikatakan gembira pun tidak juga...justeru tahun ini sambut raya di sini, kami tidak membuat apa-apa persedian...tiada open house...mungkin tiada juadah seperti selalu...maklumlah fikiran dan hati hanya tertumpu untuk berangkat pulang...

Janji rakan-rakan (Mokhtar/Kuzi-MorgonTown, Zainal Pennstate & Roslani Virginia Tech) untuk datang bersama keluarga masing-masing beraya di DC tahun ini...di samping mengucapkan sayonara, entah jadi entah tidak....?

Demikianlah selama empat kali Ramadhan berpuasa di rantauan, banyak tersimpan kenangan manis...Walaupun tiada bazar Ramadhan, ianya tetap meriah, tarawikhnya tetap hidup, walaupun kadang-kadang agak malap, namun morehnya tetap mengancam walaupun telah kenyang ketika berbuka...

Rasanya kenangan selama di sini sukar terpadam dari memori....Ianya akan menjadi nastolgia sampai bila-bila...yang nantinya akan kunukil dalam sebuah catatan perjalanan... bukan...dan bukan hanya sekadar bicara....


Washington DC,
26 Ramadhan 1428H
1.11pm

Saturday, October 6, 2007

DARI BANGGOL BESI KE WASHINGTON DC

TIDAK pernah terbayang dalam hidupku untuk memijak bumi Amerika ini..apatah lagi untuk dipilih bertugas/berkhidmat di bumi 'panas' ini suatu hari nanti...

Demikianlah, anak kampung yang hanya mendapat pendidikan 'pondok', masakan berangan untuk melangkah sebegitu jauh..negara 'mat saleh' pula tu..nanti tak pasal-pasal menerima tempelak orang, 'tak usahlah menjadi mat jenin..!!'

Anak kampung yang bersalut dengan selut, menyerkap ikan keli dan haruan, mengail puyu dan sepat, melastik burung ketitir, menghambat puyuh di sawah, mengheret lembu pawah, mungkin terlalu tinggi angan-angan... yang akhirnya akan menjadi bahan ketawa dan sindiran orang..

Aku masih ingat, sebaik tamat darjah enam SK Tanah Merah, arwah ayah pernah bertanya: 'Nak masuk sekolah omputih ke sekolah Arab..atau sekolah kat rumah (sekolah Melayu le tu...)'

Rupanya ayah pun ada wawasan ketika itu, walaupun aku tahu dia hanya lepasan 'pondok' tanpa sijil...

Entah macam mana aku jawab: 'Sekolah Arab pun tak apa....'

Masa tu ngaji sekolah arab kira 'low class' . Orang lebih berbangga jika anak dapat masuk sekolah omputih, seolah-olah dah dapat masuk universiti...kerja dah terjamin!

Dipendek cerita, akhirnya aku lulus interview (kena temuduga dulu nak masuk sekolah Arab -sekarang ni apply beribu-ribu, yang nak intake hanya sekitar dua tiga ratus sahaja.... sekolah omputih tak payah interview!!).

Aku pun dihantar ke Maahad Mahmud (Maktab Mahmud) di Alor Setar. Jarak dari rumah ke sekolah 26km...Jauh juga untuk mengayuh basikal berulang-alik...lagipun tak praktikal...lalu aku ditempatkan di sebuah 'pondok' di pinggir/berdekatan Taman Malik (rumah kecil macam dangau di tengah sawah)..

Umur aku ketika itu baru 13 tahun...terpaksa berpisah dengan keluarga...hidup sendiri..masak sendiri..basuh pakaian sendiri dan segala-galanya sendiri...hanya hari minggu dapat pulang melepas rindu pada keluarga dan merasai gulai keli rempah giling mak...

Entah berapa kali air mata gugur kerana kadang-kadang nasi yang ditanak mentah atau lembik menjadi bubur...entah berapa kali ikan digoreng menjadi separuh masak dek semawar (sejenis dapur masak) tiba-tiba padam kerana kehabisan minyak...Atau rentung hangit akibat nak cepat kerana tak tertahan rasa lapar...

Selama beberapa tahun di Maahad, aku berpindah randah dari pondok ke rumah sewa ....ikut ajakan kawan-kawan...sama-sama masak..sama-sama makan..kadang-kadang pulang lewat sedikit, makanan habis dibaham kawan...merajuk berkelahi ...akhirnya baik kembali....seolah-olah kehidupan sebuah keluarga terbiar yang kehilangan abah dan ummi....

Banyak pahit manis yang terakam sepanjang enam tahun aku di Maahad (Selepas itu aku ke sekolah asrama penuh - KIK).

Terkenang mamak Karim menjunjung kuih muih, nasi lemak telur sejuris dengan dua tiga ekor bilis, dibungkus daun pisang yang melewati rumah kami setiap pagi dengan laungannya yang nyaring dan lantang...

Adakalanya kawan-kawan nakal mencuri peluang 'mengambil' tanpa bayaran...namun mamak Karim tetap datang dengan suaranya yang lantang....tapi kadang-kadang agak lama menghilang...bila ditanya...pulang menjenguk anak isteri di Tanah Seberang...

Terkenang mamak 'mee tongek' di Pekan Simpang Kuala yang hanya berharga sepuluh sen sepiring...cukup untuk menarik selimut dengan tidur lena menanti hari esok...Teringat ais kepal yang boleh ditambah sirap bila rasanya sudah kurang manis bila dihisap...Masih teringat 'gulai Pak Raja' yang menjadi santapan istimewa kami..terbayang rojak buah dan air sirap yang dijual apek tua di depan Panggung Deluxe . Kini...segala-galanya tinggal kenangan: Pekan Simpang Kuala kini sudah ada dua buah restoran Nasi Kandar...harga sepinggan mee hanya RM3.50 sahaja!!

Masih segar dalam ingatan -walaupun sudah tiga puluh tahun berlalu- ianya kekal menjadi memori indah yang tak bisa dilupakan..

Masih ingat 'kawan sepondok' yang ramai jadi orang: Pak Lah "Dayak" yang minat hindustan, khabarnya sudah jadi DO, Mat Cawan kawan 'cun' Pak Lah sudah jadi usahawan, Mat Sabun yang kelakar, berkelulusan Azhar sudah jadi 'tok guru'...

Datuk Wahab Din yang masa sekelas dengan aku 'koro' dan pemalu pernah jadi setpol MB, Datuk Rahim Hanafi, masa di Maahad badannya kurus melidi, dah jadi Ketua Polis negeri...
Datuk Othman Desa kini Setpol Perdana Menteri... Prof Madya Dr. Fakhruddin Mukhti balik semula jadi lecture setelah tamat tempoh sebagai Director MSD di Mesir...Dr. Mohd Hayati pula jadi MP Pendang...(sekadar menyebut beberapa nama yang agak gah).

Banyak sangat yang jadi tok imam dan tok kadi...atau pegawai pencegah maksiat memburu pasangan khalwat.. atau bertugas di JAKIM, JAPIM dan Jawi atau jadi diplomat dan pengarah beberapa agensi di luar negeri, juga ada yang jadi mualim di sekolah...mungkin juga jadi mudim (Part-time Dr musim cuti sekolah) atau tuk penghulu di mukim...ramai pegawai kanan kerajaan... tapi ramai sangat cebur diri dalam politik sama ada pembangkang atau pro kerajaan...cuma belum ada kawan seangkatan, yang sempat jadi menteri...namun bersyukur tak dengar lagi yang jadi perompak atau pencuri!

Yang pasti tak seorang pun mati kebuluran kerana tak makan atau tiada pekerjaan...kerana banyak yang menceceh dulu..."ngaji pondok tiada masa depan..nanti apa nak makan...lebih-lebih lagi nak pinang anak orang, jangan berangan...nanti mati beragan!! "

Aku juga tidak ketinggalan...tak pernah merasa terkilan...perjalanan hidupku ditentukan Tuhan..walau pernah 'tumbang 'di pertengahan jalan..namun aku cepat-cepat bangun merebut peluang...

Anak Banggol Besi di Washington DC...bukan tujuan membangga diri, cuma mengenang keagungan illahi..betapa benar kalam Illahi: Kita merancang, Allah jua merancang..sesungguhnya perancangan Allah paling baik dan sempurna..(mafhum surah al_Imran:54)

Cuma kini aku membilang hari...pulang dari perantauan ini..tamat sudah tugasku di sini...semuanya kusimpan kenangan melimpah..agar di suatu hari akan kutumpah...melalui wadah...sekadar bicara....

Cedar Mill Ct
24 Ramdahan 1428H
5.00pm

Wednesday, October 3, 2007

PERSIAPAN UNTUK KEBERANGKATAN...

SUDAH tiga hari aku tidak 'menyentuh' bolgku...kawan-kawan se'blog' asyik tertanya-tanya...apakah ghairah sudah mula mengendur..atau ide sudah gersang...atau sekadar hangat-hangat tahi ayam...?

Sebenarnya dua tiga hari ini aku menjadi sibuk...rasanya hari semakin hampir untuk aku dan keluargaku meninggalkan bumi 'Bush' ini...Aku asyik membilang hari...cuma ada 17 hari lagi jika dihitung secara jujur...

Aku terpaksa mengurus segalanya...Kereta perlu dijual...Nasib baik kawan-kawan sanggup bersusah-payah mencari buyer...last sekali ke carmax...Aku sangat berterima kasih pada Che Hisham (MITI) dan Che Asri kerana kesanggupan 'membuang masa' bersamaku untuk urusan itu sahaja...

Sebelum itu Lt.Kol Hisyam, S/Sarjan Husin, L/Kop Faizal juga Adi turut sama memberi ide bagaimana untuk 'menaikkan' harga keretaku...

Inilah akibatnya bila kerja bertangguh...kononnya nak tunggu last-minute...rupa-rupanya ia memakan diri, bila hantar pada Chikano untuk dibaiki, dia menolak walaupun sebelum itu dia sanggup...

Aku juga masih menunggu kelulusan visa dari Kedutaan Arab Saudi...nampaknya hanya visa transit sahaja yang akan diberikan, kerana visa umrah sudah ditutup kerana ketika itu sudah dikira masuk musim haji...tak apalah asalkan dibenarkan memijak bumi Mekah..

Selepas itu aku perlu ke Kedutaan Mesir kerana nak apply visa ke Mesir pula..Dah teringin sangat nak kunjung ke 'tanah anbiya'...

Inilah cita-citaku sejak dulu...sebenarnya masa aku memohon untuk menjawat jawatan ini , tempat yang aku minta ialah Mesir...tapi tiba-tiba di hantar ke negeri 'Bush'...tak apalah ada hikmahnya...kalau tidak... sampai ke hujung nyawa pun aku tak mimpi nak pijak bumi ini...syukur pada Allah..ada hikmah yang sungguh besar...

Aku juga sangat berterima kasih kepada Pn. Zaimun kerana banyak mengurus hal-hal yang bersangkutan dengan kepulanganku nanti...Pelbagai dokumen perlu disediakan termasuk urusan tiket, urusan penganguktan barang...banyak benda sebenarnya nak kusebut...

Dan yang aku tak mungkin lupa adalah 'bos' aku Cik Siti..yang sentiasa 'melepaskan' aku bila perlu untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum beres, di samping sentiasa menitipkan nasihat supaya perjalanan kami kelak 'aman dan tenteram'...

Aku kira aku akan cuba menyelesaikan tugas-tugasku sebaik mengkin, lebih-lebih lagi tugas hakiki yang diamanahkan kepadaku...Aku tak mahu menyusahkan sesiapa terutama orang yang bakal menggantiku kelak...Seboleh-bolehnya aku berusaha untuk menghindar 'keserabutan' orang lain akibat kerja-kerjaku yang terbengkalai...

Untuk itu aku mungkin memerlukan bantuan sahabat-sahabat, rakan taulan juga rakan-rakan sekerja....Che Zainal, Che Mat,Tn Syed, Siti dan Liza yang selama ini memang sentiasa membantuku...

Kepada semua yang telah, sedang dan akan membantu dan menolong sama ada secara langsung atau tidak...tak lupa aku titipkan jutaan terima kasih.. Allah jua yang akan membalasnya ...Hanya yang mampu aku lakukan ialah lewat coretan...Sekadar Bicara...


Cedar Mill CT, Vienna
21 Ramadhan 1428H
5.29pm

Sunday, September 30, 2007

BICARA HARI MINGGU...

HARI ini hari minggu..inilah satu-satunya hari Ahad dalam bulan Ramadhan ini aku sempat berada di rumah...sebelumnya setiap weekend kami di MSD akan memenuhi program Kembara Ramadhan... Itupun dikira 'nasib' kerana cadangan untuk terbang ke Texas pagi ini terpaksa dibatalkan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ....

Kelmarin petang jam lima baru sampai di rumah dari Ohio...Perjalanan berkereta selama 9 jam - setelah ditolak dengan solat dan sedikit rehat -amat meletihkan..apatah lagi di bulan puasa..Namun aku beri tabik spring kepada 'pilot' kami, Che Mat kerana kelasakan, kekuatan dan ketahannya ...dan yang lebih mengkagumkan kami adalah pengalamannya....seolah-olah dia telah menghafal seluruh liku-liku perjalanan di seluruh kawasan Timur USA ini....Lelucon kawan-kawan : 'Kalau pejam mata pun boleh sampai walaupun tanpa map quest!'

Aku mengharapkan cepat sampai kerana petangnya, bermula jam enam BAKIS merancang untuk mengadakan sambutan Nuzul al-Quran. Aku amat bimbang sekiranya tiba lewat dari jangkaan..nanti apa kata orang...Dan yang lebih penting aku tidak mahu menghampakan orang lain...Aku ditugaskan untuk menyampaikan sedikit tazkirah...

Jika boleh aku mahu sampai lebih awal dari masa majlis bermula...Ini prinsip aku semenjak dulu..entahlah aku terlalu sensitif dengan masa...aku mudah naik angin jika ada orang tidak menghormati masa..walaupun kadang-kadang aku leka dan terbabas juga...

Ketika aku tiba di rumah Encik Hisyam, kurang dua minit jam 6, tetamu sudah agak ramai...mereka adalah antara yang aku kira termasuk dalam golongan yang 'mencemburui masa'....

Badan terasa penat sekali...apatah lagi aku sedikit kurang sihat - diserang batuk dan demam akibat cuaca yang tidak menentu....namun alhamdulillah tugas aku dalam 'Kembara Ramadhan' berjalan agak lancar....Syukur pada Illahi..

Tugas tetap mesti dilaksanakan walau bagaimana keadaan sekalipun...Harapan orang tidak wajar dikecewakan, kecualilah jika terpaksa....Aku selalu berfikir : Bagaimana perasaan kita jika orang mengecewakan kita...Namun ramai yang mahu orang lain menjaga perasaan mereka, sedangkan mereka tidakpun berusaha untuk menjaga perasaan orang lain..

Sambutan Nuzul al_Quran kali ini sangat membanggakan...ramai sambutan..kecuali seorang dua yang tidak dapat datang mungkin dalam keuzuran atau bertugas di luar kawasan..atau paling tidak pun jika ditanya mesti ada jawaban sebagai alasan...

Dari riak wajah yang terpamer, semua nampaknya berpuas hati termasuk tuan rumah Encik Hisyam /Puan Lily suami isteri.. juga ibu beliau yang kebetulan berkunjung ke sini...Bagi pihak BAKIS sangat menghargai kesudian dan kesediaan beliau sekeluarga ....Moga-moga Allah sahaja yang akan membalasnya..

Apabila menyentuh soal ini, aku agak sensitif dan terkilan sebenarnya...Aku dah mohon maaf dan ampun pada kawan-kawan...Yalah dalam soal giliran bertarawikh...aku yang mengatur jadual 'mengambil tindakan' mengenepikan giliran tarawikh di rumahku...tidak seperti tahun-tahun terdahulu...(Alhamdulillah giliran tarawikh dari rumah ke rumah tahun ini terpenuh berkat sokongan semua... Terima kasih atas kerjasama...)

Tindakan ini terpaksa aku lakukan kerana sebuah bilik yang selalunya dijadikan bilik solat jemaah wanita penuh dengan kotak-kotak..jika jemaah ramai tentu menjadi kesukaran untuk mengerjakan ibadat secara selesa dan tenang...Kotak-kotak ini ada yang sudah 'dibungkus' oleh isteriku semenjak Mac lalu lagi...nampak sangat tak sabar nak balik...tapi aku tahu itu persediaan awal...pengalaman mengajar kita supaya tidak terjatuh dua kali dalam satu lopak..kalau ditakdir jatuh juga, apakan daya..kita hanya merancang....

Tugas aku di sini sudah sampai ke penghujung...seminggu selepas Aidil Fiti kami akan meninggalkan negeri 'Bush' ini....Rasanya sudah 'lama' kami di sini...mungkin orang lain tak sabar-sabar lagi untuk datang mengganti....

Empat orang anak-anakku telah dihantar pulang terlebih dulu Jun yang lalu...Tiga tahun lebih 'hilang' kaum keluarga, saudara mara rakan taulan di pandangan mata suatu yang mendera...(Kecuali aku kerana setiap tahun 'mencuri' pulang...)

Lagipun anak-anakku masih dibangku sekolah...seorang putera akan menghadapi PMR, seorang puteri pula SPM tahun hadapan...yang tengah masih tergantung..masuk sekolah memandu untuk memenuhi masa terluang...yang sulung alhamdulillah masuk ke sebuah kolej di ibu kota, hasil sokongan dan bantuan sahabat aku Mr. Asri, big bos telekom di US ini...

Demikianlah sepanjang perjalanan aku di sini, aku merasa amat bersyukur kerana Allah permudahkan segala kerjaku...Berkat pertolongan kawan-kawan yang tidak dapat disenaraikan satu persatu, kerjaku menjadi licin dan senang...Segala yang dirancang dapat dilaksanakan, walaupun aku pasti tidak semuanya memenuhi kehendak hati...

Kawan-kawan menjadi sahabat untuk bergurau senda pengubat lara..ada yang lebih dianggap seperti keluarga sendiri yang tak mungkin dilupai sampai bila-bila...Harapanku agar bila pulang ke tanah air nanti, jambatan kasih tetap subur dan tidak terkulai di pertengahan jalan....

Sebelum terlupa, tidak terlalu awal rasanya untuk aku sekeluarga mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran (sama ada tutur kata atau gerak badan) kepada semua, halalkan makan minum dan gurau senda yang berlebihan.....

Hanya ini sahaja yang mampu aku luahkan....selebihnya hanya sekadar bicara....


Cedar Mill, Vienna
18 Ramadhan 1428
12.40pm

Saturday, September 29, 2007

KEMBARA RAMADHAN

AKU baru sampai di hotel tumpangan di Cleveland, Ohio tepat jam 11.30 malam, setelah selesai tugasku menemui student di Case Western Reserve University (CWRU). Krew kami dari MSDWDC yang turut disertai Cik Siti Director, Che Zainal, Pak Ya (JPA) serta Che Mat (pilot kami) sebenarnya bertolak dari Vienna (kampung pegawai-pegawai Malaysia) pagi semalam (Khamis).

Kami bertolak jam 8.00 pagi dan tiba di Columbus jam 4.30 petang. Selepas check-in dan solat serta berehat sebentar kami keluar menuju ke Ohio State University(OSU) untuk berbuka puasa serta bertarawikh bersama student di sana.

Sebagaimana biasa setiap kali tiba Ramadhan, aku mengatur jadual untuk menemui student yang sudah aku anggap seperti anak-anak kami sendiri.

Hari minggu lalu(Ahad), aku , Cik Siti dan Pn. Zaimun ke Vanderbilt University di Tennessee. Kami terpaksa terbang kerana perjalanan darat mengambil masa 15 jam lebih ...Jumlah pelajar Malaysia di Vandy kini mencecah 115 orang...dah jadi kampung Melayu (bukan Malaysia kerana semuanya pelajar Melayu!)

Sedangkan pelajar (Malaysia) di RPI & RIT yang kami ziarahi sebelumnya semakin mengecil bilangannya...begitu juga OSU dan CWRU semakin pupus berbanding ketika aku hadir pertama kali tiga tahun lalu... jumlahnya mencecah 60-70 orang lebih. Sekarang di CWRU dah tak sampai 10 orang..semuanya senior... cuma seorang freshman yang akan tinggal nanti...

Namun di Steven Institut Technology New Jersey (SIT)dan Penn State masih ramai lagi...ramai juga Freshmen yang dihantar ke sana tahun ini...

Selama empat kali Ramadhan di sini aku dapat merasai betapa mereka begitu gembira bila kami berkunjung untuk bersama-sama berbuka serta bertarawikh dengan mereka. Aku juga tidak melepas peluang untuk menyampaikan sedikit tazkirah...

Kesempatan kunjungan kami tidak dilepaskan begitu sahaja...ada sesi dialog tidak rasmi...mereka bertanya pelbagai perkara, termasuk soal elaun baru yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini...

Kami selalu tekankan betapa perlunya setiap pelajar menyedari hakikat kehadiran mereka ke sini...tumpukan pada pelajaran, hindarkan perkara negatif, jaga nama baik diri, ibu bapa dan juga negara.

Alhamdulillah, hasil feedback yang diterima daripada pihak universiti, pelajar Malaysia adalah terbaik dan terpuji...cuma satu dua kes kecil dan terpencil... di luar kawalan dan dugaan, memang tak dapat dielakkan....

Aku merasa amat lega kerana misi aku di sini hampir sampai ke penghujung...Besok kami akan kembali dari Kembara Ramadhan ...Petang esok BAKIS merancang untuk menyambut Nuzul al_Quran (Terima kasih En Hisham & Pn Lily -yang sekali lagi bermurah hati menyediakan premis mereka untuk tujuan majlis tersebut).

Kami akan berlepas dari Ohio lebih awal, supaya kami dapat tiba sebelum jam 6.00 petang (waktu majlis bermula). Lewat telefon, isteriku memberitahu: Che Hisham nasihat supaya aku 'terbang' bimbang tak sempat sampai sebelum majlis bermula...

Semoga perjalanan kami dipelihara Allah dan'kembara' kami direstuiNya.....

Sebenarnya aku merasa amat bersyukur kerana 'Kembara Ramadhan' sudah sampai ke penghujung....bererti tugasku hampir selesai - sekaligus beban (amanah) yang dipertanggungjawab kepadaku juga hampir terlucut dari pundakku..

Namun, sebagai manusia biasa, aku mengakui akan kelemahan aku...ketidakupayaan dan kekurangan sedia ada....

Kendatipun aku tetap yakin apa yang diamanahkan kepadaku telah aku laksanakan sekadar yang termampu aku lakukan...

Sebagai seorang insan yang serba kekurangan, aku tetap bersyukur dengan kurniaan kudrat serta 'kemahuan' untuk menunai tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku... seboleh-bolehnya aku akan laksanakan sebaik mungkin segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku...

"Sepatutnya seorang aku tidak boleh menilai kebaikan yang pernah dilakukannya..kerana seorang aku hanya layak dan berhak merenung kesalahan yang pernah dilakukannya... "

Juga seorang aku tidak wajar memikirkan, apakah ganjaran yang sepatutnya aku terima hasil daripada kerja-kerja aku, sebaliknya seorang aku wajar merasa bimbang dan tertanya-tanya: apakah aku telah menjalankan segala amanah dan tanggungjawab sejajar imbuhan yang aku terima??

Aku bimbang kalau-kalau apa yang aku lakukan dan laksanakan selama di sini tidak memenuhi dan mencapai matlamat pihak atasan...dan yang paling aku takuti , ialah apabila aku akan dipersoal di hadapan Rabbul Jalil nanti, kalau-kalau kerja aku selama ini tidak sempurna dan tidak menepati hasrat semua....

Apapun anggapan, tanggapan dan sangkaan aku pasrah dan berserah...kulepaskan keluhan ini melalui wadah...sekadar bicara...

Clevelan, Ohio
17 Ramadhan 1428H
2.28am

Friday, September 28, 2007

SEKADAR MERANCANG

SEBENARNYA aku dalam perjalanan menemui student dalam Kembara Ramadhan..Yahh..itulah antara tugas hakiki aku dihantar ke mari...dan itulah juga antara faktor kenapa aku diminta 'bertahan' sehingga selepas Ramadhan...

Sebenarnya tempoh aku berkhidmat di sini tamat Mac lalu...tapi atas ihsan aku diberitahu sehingga penghujung Jun...kerana satu alasan yang aku sendiri pohon ...untuk memberi peluang anak-anakku menamatkan pengajian mereka...sebab selepas itu sekolah cuti sehingga September...

Namun tanpa aku duga, tiba surat dari KL meminta aku teruskan tugas hingga 31 Oktober...Aku menjadi terkedu...memang tidak aku duga..dan tidak pernah aku berdoa untuk sampai ke tarikh tersebut...Namun sebagai seorang pegawai kerajaan aku wajar mematuhi segala perintah...aku mesti akur segala arahan..walaupun aku sudah mengatur rancangan ....

Apakah aku tidak bersyukur bila diminta untuk meneruskan tugas di sini...Bukankah setiap orang (?) bercita-cita untuk memanjangkan khidmat di sini dengan membuat pelbagai alasan supaya pihak atasan 'terpaksa' meluluskannya??..

Apakah aku manusia aneh yang menolak rezeki yang menggolek tiba..yang akhirnya mungkin membawa sangkaan orang: "Mengada-ada...cuba tak sambung...tentu macam kucing kehilangan anak... "

Bodohlah seorang aku...jika aku katakan aku tidak gembira...atau aku lupa mengucap syukur kepada Allah atas kurniaanNya..atau berterima kasih kepada sokongan bos aku (sama ada besar atau kecil)...Pernah aku berkata: hanya orang yang kurang waras sahaja tidak gembira dengan kurniaan rezeki yang dikurniakan padanya...

Sebenarnya aku menpunyai cita-cita dan hasrat yang sudah lama tersimpan...Sebelum aku ditugaskan di sini...aku ingin terlebih dahulu ke Tanah Suci sehingga aku terpaksa deelay ke sini (Terima kasih sekali lagi kepada bos besar aku kerana memberi kebenaran)...

Namun benarlah kata orang tua-tua: "Agaknya belum sampai seru...". dan aku tidak diterima menjadi tetamu Allah tahun tersebut kerana alasan sudah cukup quota, walaupun segala dokumen dan pemeriksaan doktor telah dilakukan...!

Aku (juga isteri)menjadi amat kecewa...sekadar membujuk hati..."mungkin ada hikmah yang Allah sembunyi...untuk lebih mengcekalkan hati...mentazkiah diri sebelum memijak Tanah Suci.."

Dan tahun berikutnya aku menerima tawaran untuk ke Tanah Suci...tapi bila di sini..halangan dan masalah juga menjadi galang ganti...akhirnya aku memberi alasan...tangguh sehingga aku tamat berkhidmat di sini..

Rancangan sudah diatur....jika datang tidak samapi hajat mengunjungi Kaabah, pulangnya on the way diharap dapatlah mengerjakan umrah...sebelum akhir tahun kembali semula mengerjakan haji di Baitullah....Itulah azam yang ditanam...

Rupa-rupanya sekali lagi kita hanya merancang..Allah jua turut merancang...sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia...

Justeru, aku tetap berusaha semoga on the way back nanti aku sempat memijak bumi Mekah..terlalu rindu akan lambaiannya..terimalah hasrat hambamu ini Ya Allah...hanya kapadaMu aku memohon pertolongan...semoga kembara perjalanan pulang kami nanti direstui...

Hanya ini sahajalah yang mampu hambamu lakukan... mengharap dan berdoa, selebihnya....sekadar bicara...


Colombus, Ohio
16 Ramadhan 1428H
11.41 am

Thursday, September 27, 2007

KEMERIAHAN YANG SEMAKIN MENGHILANG...

Hari ini sudah 15 Ramadhan....bererti sudah 15 hari kita menjalani ibadat puasa bagi 1428 Hijriah.

Rasanya masa terlalu pantas berlari. Ini bererti sudah empat kali aku dan keluargaku berpuasa (juga beraya) di perantauan...jauh dari sanak saudara dan sahabat taulan. Dan ini merupakan tahun akhir aku di negara Bush, semenjak kedatanganku ke sini tanggal Mac 2004 yang lalu.

Masih panas terasa kemeriahan Ramadhan tahun-tahun terdahulu...tidak seperti tahun ini...terasa hambar dan tidak berseri...

Entah kenapa, jika dibandingkan dengan tiga tahun lalu, kemeriahannya terasa sekali...Malamnya bagai dinanti-nanti..Tarawikh yang digilirkan dari rumah ke rumah kadang-kadang penuh sesak dan melimpah hingga ke merata penjuru.

Masih kuingat ketika tahun pertama kedatanganku, udara begitu sejuk..Angin yang sekali sekala bertiup menghantar kedinginan yang mencengkam dan menikam hingga ke tulang sumsum. Badan mesti dibalut baju tebal untuk mengelak kesejukan yang menggila...

Namun sambutan Tarawikh tidak sedingin cuaca di luar. Ia sehangat udara di dalam rumah yang dipasang heater. Pengunjung datang membawa keluarga kecil besar untuk menambah kemeriahan! Selesai Tarawikh dijamu pula dengan pelbagai juadah yang dibawa secara potluck.

Terasa benar silaturrahim yang terbina...begitu erat dan mesra...ibarat ikatan sebuah keluarga yang tidak bisa terungkai sampai bila-bila, walaupun sebahagiannya telah kembali ke tanahair...

Tapi kini...cuaca yang sederhana - tidak panas dan tidak sejuk - sambutannya ibarat suam-suam kuku...ada masa meriah dan agak sesak, ada kala dingin dan tidak seghairah dulu...

Mungkin agaknya kemeriahan dulu disokong oleh anak-anak ...Suatu yang tidak boleh dinafi, pegawai-pegawai terdahulu memiliki anak yang agak ramai..anak-anak inilah memeriahkan suasana (walaupun kadang-kadang ada yang merungut mereka mengganggu kelancaran orang beribadah!)

Adakah ini telahan aku semata...kerana aku terasa kesepian sekali Ramadhan tahun ini...sebahagian anak-anakku telah kuhantar pulang terlebih dahulu...kadang-kadang tanpa kusedari airmata tersimpan tepu di kelopak mata, agar jangan tumpah mengocak suasana..kerana aku tahu...sebagaimana perasaanku begitu juga perasaan isteriku dan anak-anak kecilku yang masih bersama...bagaimanalah puasa anak-anakku di sana??

Inilah yang dapat kulontarkan agar dapat dikongsi bersama...kerana itulah yang termampu aku lakukan -Hanya... sekadar bicara......

15 Ramadhan 1428H
7.26am


Wednesday, September 26, 2007

Wasilah Penyambung Bicara

Bermula Gerak Dengan Bismillah,
Memohon Restu DenganMu Ya Allah;
Agar Terhindar Segala Muskilah,
Jurubicara Penyambung Wasilah.

Demikianlah, susahnya untuk memulakan sesuatu...memang susah untuk memulakan sesuatu...(teringat aku sebuah cerpen penulis tersohor Anwar Ridhwan- aku terlupa tajuknya- tetapi yang pasti, kalimat itu diungkap berulangkali) Benar, setelah bertangguh sekian waktu, akhirnya ianya menjadi kenyataan...hobi lama yang sudah lama ditinggalkan...akibat desakan dan dorongan rakan, justeru 'Sekadar Bicara' dijelmakan.

Sekalung terima kasih aku hulurkan kepada UmmySyila yang bersusah payah mencipta 'blog'untukku...juga kepada sahabatku SS Husin Zainudin yang saban hari mencabarku untuk memulakan 'bicara'.

Memang tepat telahan sesetengah orang...bukan senang untuk menulis, sesenang seorang pembaca..apatah lagi untuk mencipta sebuah karya yang disenangi dan menjadi penghibur pengubat lara. Penulis bukan penglipurlara semata...tetapi penulis adalah penyambung bicara sebagai 'wasilah' antara makhluk dengan Khaliq.

Seorang penulis harus berani menampilkan bicara yang benar, walaupun ianya suatu yang pahit. Seorang penulis harus bertanggungjawab kepada penciptaNya...Dengan kata lain seorang penulis mesti mempunyai nawaitu untuk berdakwah: Menyeru dan menyedar manusia ke jalan Allah sambil menegah kemungkaran dan kedurjanaan, agar kembali ke pangkal jalan...

Manusia penulis tidak wajar memilik sifat riak atau sombong dengan ilmu atau ilham (idea) yang Allah kurniakan padanya..menulis bukan untuk mencari/mengharumkan nama (teringat lagu Dwen ?), tetapi penulisan merupakan wadah dakwah yang paling berkesan, dan harus dikemudikan dengan penuh rasa tanggungjawab...

Demikianlah, adalah sukar untuk memulakan kerja ini....semalaman berfikir bagaimana untuk memulakannya. Sudah sekian lama tertangguh....akhirnya 'tugas' dan 'cabaran' mesti diteruskan!

Jam 12.30 malam mata masih liat untuk dipejamkan, walaupun sudah lama terbaring..otak berputar ligat bagaimana untuk memulakannya...Ayat-ayat al-Quran yang dimainkan melalui You Tube terus berkumandang...anak isteri telah lama dibuai mimpi...akhirnya aku 'hilang' sendiri...

Jam 4.00 pagi mata terbuka...rasa ngantuk terus menghilang..tergerak hati untuk bertahajjut...tetapi badan terasa berat untuk meninggalkan katil...segera teringat 'tugas' yang belum 'menjadi'. Aku paksakan diri bangun menuju ke bilik air...mengambil wuduk dan mengerjakan tahajjut juga 'hajat' ; memohon restu pertunjuk jalan kebenaran...

Aku bermunajat kepada Allah supaya menunjukkan jalan kebenaran, dilimpahi rahmat diberikan keampunan: "Ya Allah! Ampunkan dosa aku, juga kedua ibu bapa aku, anak -anak dan isteriku juga muslimin dan muslimat...."

Sesungguhnya memang berat untuk bangun ketika kita lazat di pembaringan...walaupun kita tahu Allah janjikan ganjaran yang berlipatganda, lebih-lebih lagi pada Ramadan Mubarak ini.

Inilah sebenarnya ujian Allah...ujian yang kecil untuk berpisah sekejap dari tilam empuk semata-mata untuk mengembalikan kesyukuran atas nikmat kurniaan Tuhan yang telah mengurniakan kelazatan kita dalam asyik tidur yang lena...berbanding mereka yang mungkin diuji dengan kepayahan untuk merasai kesedapan tidur, akibat sakit atau menderita...

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman'; sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" al-Angkabut:2

Demikianlah, sebagai pembuka bicara...sesuatu 'diyakini' sudah bermula...InsyaAllah ianya akan diteruskan selagi terdaya..bagi anda yang ingin berkongsi bersama...cuma Sekadar Bicara.....

Sept. 26, 2007/
14 Ramadan 1428,
7.55 am