Monday, April 7, 2008

Menyambut Kepulangan Saudaraku

Assalamualaikum wh br,

Betapa gembiranya hati kami sekeluarga bila mengetahui berita Sjn Husin sekeluarga akan pulang ke tanahair. Manakan tidak...antara sahabat di perantauan yang paling akrab - yang sentiasa mengambil berat bertanya khabar dan sentiasa membuka tangan untuk memberi pertolongan dalam apa waktu dan situasi - tak lain Husin/Yati.

Pasangan ini cukup sinonim dengan sikap ringan tangan dan ramah tamah - malah pakej pasangan ini dirasakan cukup lengkap...bukan sahaja pandai memasak tetapi sangat pemurah dan sentiasa membuka pintu untuk dijengah bila-bila masa.

Maka rakan-rakan di sana seperti Adi/Syeila..Pn saimun/Mej Aziz..Tn Kol. Hisham sekeluarga...Eddy..Bung Asri sekeluarga, Pn.Zaimun sekeluarga (antara nama yang sempat dingat) pasti kehilangan sahabat yang setia..

Namun bagi kami di sini (tak tersenarai nama kerana dah ramai) tentu gembira menyambut kepulangan mereka...kata setengah sahabat 'menambahkan koleksi bekas pekerja WDC').

Seperti saya katakan memang ramai 'alumni WDC' di KL/Putrajaya ini khususnya...namun seperti dimaklumi persahabatan yang dibina dulu seperti sudah renggang....tidak banyak pertemuan diatur untuk bertemu rakan-rakan lama...mengimbau kembali susah senang semasa di rantauan...atausekali sekala mengatur 'rehlah' menhambat lelah bekerja seharian...

Entah di mana silapnya...segala rancangan terasa tak terjadi...ada sahaja halangan menanti...yang pasti kesibukan seperti 'jeriji' penjara yang mematah hasrat di hati...Segala rancangan tinggal dalam angan-angan...

Mujurlah seorang dua rakan sempat mencuri masa bertandang. Haji Rosdi/Hjh Huda...Che Hashimi/Ada...Che Lan/Pn.Fiza...KZ/kak Zah sekali sekala sempat menjenguk...kadang-kadang turun Che Zainal dari Ipoh bersama keluarga...sambil menjenguk anak di Tahfiz Hulu Langat....Kak Nur pun kadang-kadang bertanya khabar lewat telefon...Che Lah hanya bermain dengan email...tak pernah menjenguk wajah...Kol Anwar sempat menjemput rakan-rakan ke rumah....Datok Abu (Brig Gen) mungkin lebih sibuk....Dr. Mokhtar/Dr. Kuzi...walaupun jauh sering bertanya khaba...yang lain-lain sekadar mendengar berita di angin lalu....sayangnya semasa jemputan raja sehari 'ChromNajib' masa tidak mengizinkan...jika tidak sudah pasti meriah dan bahagia sekali bertemu rakan-rakan yang bertandang....

Nampaknya Sjn Husin dah kembali...cita-cita untuk mewujudkan alumni mungkin berputik semula...Bila dah ada group boleh lah palan untuk bercandat sotong di pantai Marang atau rehlah diPort Dikson atau paling tidak membakar ikan di umbai Melaka atau mengintai mee udang di Pulau Sayak! Boleh belaka...namun kadang-kadang masa tidak mengizinkan..apapun hendak seribu daya....

Nampaknya masa amat mencemburui...banyak kerja perlu diberes...lama 'blog' tak dikilir...password hampir kelupaan....nasib tidak call Adi untuk memastikannya...begitulah jika dah lama tinggal...yang senang jadi susah...yang akrab jadi renggang...yang ramah jadi pemalu...yang rajin menjadi pemalas...moga-moga yang dulu sahabat tanpa mengira pangkat...pulang ke sini..bila ditegur...jangan pura-pura tidak mengenal...berfikir mengerut dahi sedangkan baru setahun dua tidak bertemu...jangan begitu dong!!!

Bila ingin melepas rindu... masa lalu menjemput nastolgia bertandang...mengenang pahit manis di rantauan...kulepaskan lewat sekadar bicara...

Putrajaya,
9.20am/5april08

2 comments:

Unknown said...

Ust, nampak bertambah sihat sejak balik nie... nanti bulan May kita jumpa ok - maddsom, herndon, va

JHaZ KiTaRo said...

salam dari Dublin.. tgh bloghopping terhop kat sini pulak.. hehe.. kalau rajin, meh laa hop to my blog.. :)