Monday, November 5, 2007

BERPIJAK DI ALAM NYATA

SEKADAR tidak ditinggal lama sangkar 'blog' sepertimana peringatan kawan-kawan seblog, aku merampas dan mencuri peluang untuk mencoret sedikit catatan semasa tiba di tanahair tumpah darah...

Memang banyak catatan yang hendak dikongsi bersama tetapi kesempatan untuk berbuat demikian sangat terbatas...patah lagi dihambat dengan tugas yang sedia menanti...menentukan sekolah isteri (alhamdulillah dah dapat di Kajang)...hari ini nak mencari tempat kediaman setelah keluar hotel...menumpang di kediaman Kak Nur (WorldBank) di Prensint 10....

Setiap hari pertolongan kawan-kawan datang bertalu...Nampaknya semangat DC di bawa ke sini..berkumpul semula mengerat mesra pertautan saudara yang sudah terbina....Ahh! memang sangat terasa di saat kita memerlukan pertolongan...

Dari KLIA lagi sudah ditunggu kawan rakan baru dan lama...Che Rosllan/Fiza sekeluarga...Haji Rosdi/Hajah Huda sama Fahmi...Che Hashimi/Ada & semua anak memeriahkan suasana...Dr. Fakharuddin/Ust Zaharah...Dan yang terperanjatnya bila nampak Che Asri...Dia hantar di Dulles, tiba-tiba muncul menyambut di KLIA....meriah sekali....

Sekarang masih menumpang di rumah kak Nur...orangnya tetap seperti dulu...peramah dan mesra, lembut dan bersahaja...walau pangkat sudah tinggi...kiri kanan berjiran menteri...kak Nur tetap macam dulu..kini...dan selama-lamanya....

Pagi-pagi jam 6.45 datang Haji Rusdi menjemput kami..hantar ke pejabat dan bawa isteri ke Kajang...kemudian akan jemput hantar pulang...begitulah orangnya...sejak dulu suka membantu..walau singat perkenalan,tapi mesranya tetap seperti dulu...hari-hari bawa 'survey' rumah...bawa tengok kereta..dan macam-macam lagi...

Begitu juga Che Lan/Che Fiza...pejabat kami bersebelahan...banyak menghulur pertolongan...sekarang kami suami isteri kembali macam mula kahwin..sebab, Aifa di rumah Che Lan berkawan bersama Alia dan berapa malam...Alif pulang bersama Joe &Haziq ke Pendang menyampai salam emak abahnya yang tak sempat lagi pulang kampung...

Che Asri turut berperanan mencuri peluang waktu senggang membawa ke 'open house' sambil membantu mana patut...

Che Hashimi/Ada juga turut sama membantu menjadi egen pengangkut barang ke sana ke mari...cuma Pn.Rod/Paduka tak sempat jumpa kerana mereka sibuk membuat persiapan untuk ke tanah Suci...yang lain-lain cuma sempat 'calling' sahaja......Ummi pun hanya sempat call tanya khabar Radzi...katanya kelmarin baru nak operite..moga-moga selamat semua hendaknya...

Entah bila nak menjenguk ibu dan mentua di kampung...minggu depan ada projek di Tawau..minggu depan sekali lagi Penang...kata kerani...awal bln 12 baru ada projek di bawah saya di Kedah....hanya dapat cakap dengan mak (supaya tidak terasa hati ibu...) bukan sengaja tak nak balik segera..tetapi tugas sudah direka sebelum kita memijak tanahair tercinta....

Hingga di sini dulu, maaf dipinta...ketika mencatat telefon berdering...ada urusan di bahagian Perkhidmatan...segera...lepas ni berjanji...Haji Rosdi akan datang untuk urusan melihat rumah dan kereta....wehhh...banyak urusan perlu diberes segeras...jika ditangguh...susah jadinya...jadi, janganlah bertangguh-tangguh.....maaf..sekadar bicara akan bersambung lagi di lain masa....

Teringat rakan seblog...Husinfotopages...Aderin dan Syeila...kamu semua penguat semangat penerus bicara...cuma sekadar bicara...


Putrajaya,
6 Nov 2007
10.42am

3 comments:

Suara Hati Ku said...

..Itulah semangat yang kita hendak ada pada kawan-kawan..nilai erti kata 'kawan-kawan' tu besar nilainya..bukan hanya manis dibibir aje..salam pada semua yang bertungkus lumus membantu Ustaz..kami disini pun terharu sebenarnya akan keperihatinan kawan-kawan semua..nanti kita jumpa lagi

Unknown said...

alhamdulillah... ustaz dan keluarga dah selamat sampai ke tanahair... wahhh bagusnya... ada ramai kawan2 yg bantu ustaz... sampaikan salam pd ustazah dan kawan2 yg mengenali.. jgn lupa sekadar bicara.. hehehe..

Me said...

alhamudillah.. semuanya selamat.. syukurlah ramai yg membantu.. itu sudah janji Allah, sekiranya kita memudahkan(membantu) pekerjaan org lain, pekerjaan kita akan dipermudahkanNya belipat kali ganda. Bantuan dtg melimpah2.
Tak dpt saya bayangkan.. memang sibuk sungguh nak menyelenggarakan semuanya serentak!

Akhir kata salam saya utk ustaz dan ustazah seisi keluarga. Tolonglah doakan kejayaan kami.. cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Nov 15(saya) dan Nov 16(mokhtar), tarikh penentuan perjuangan kami....

-Kuzi-