Sunday, October 28, 2007

CATATAN PERJALANAN DI TANAH ANBIAK

AKU semakin rindu pada kekewan terutama sesama blog...gatal tangan untuk mencatat segala suka duka yang ditempuh semasa dalam kembara...semenjak meninggalkan bumi Bush, banyak perkara yang perlu disentuh...namun apakan daya...tiada kesempatan untuk berbuat apa yang dipinta...

Kini aku berada di tanah Anbiak..setelah sempurna menjalani umrah sera ziarah di Madinah...tiba di Mesir pada tengah malam 25 Oktober..ditunggu Ustaz Azahari & isteri di Cairo Airport.

Kini aku bersama keluarga serta Ust. Azhari sekeluarga di Iskandariah. Ust Azahari senagaja ambil cuti..anak-anaknya juga turut ponteng sekolah. Selain itu Ust Yazit juga turut serta bersama keluarga...Iskandariah yang jauhnya lebih 200km dari Kaherah bandar bersejarah. banyak yang adapat aku rakamkan terutama mahligai King Farouk yang dikatakan mempunyai 360 isteri...

kami disambut mesra Ustazah Habibah dan Ustaz Ya.Ustazah Habibah Atase Pendidikan di Iskandariah yang menggantikan Ustazah Zaharah Hashim...Makn tengahari di rumah beliau...berselera sekali maklum perjalanan jauh dan meletihkan

Cuma dalam perjalanan pekena roti canai besar talam...makan sepuluh orang pun tak habis sebiji...tahu berapa harganya....30 paund Egypt (RM18)...memang sesuatu yang menarik apatah lagi bila dapat melihat mereka membuat roti tersebut dari awal hingga akhir...

Maaf ya ..aku nak meneruskan perjalanan lagi, melawat sekitar Iskandariah...malam tadi pekena ikan bakar....makan 14 orang baru 130 p...baru USD24...murah le tu...tak jadi hal punya...

Ok...jumpa lagi ...salam ingatan semua terutama teman seblog...aku tak akan lupa untuk terus menulis dasn mencatat.....bukan sekadar bicara......

JPM Iskandariah,
27 Okt 2007
9.38am

2 comments:

Me said...

alhamudillah.. ustaz dan ustazah sekeluarga sudah selamat menunaikan umrah.. kami di sini pun tak sabar nak tunggu catatan ustaz.. teruskan usaha murni ini..
-mozihfa.fotopages.com-

Suara Hati Ku said...

..Sorryla Ustaz baru hari ni boleh bernafas sikit..sibuk sangat .maklumlah Isteri TPM datang..tengok FP saya ..sibuk..nanti kita sambung bicara..semoga aman sentiasa ..salam pada ustazah dan keluarga