Thursday, January 10, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM WH BR

RUPANYA sudah 2 bulan lebih aku meninggalkan WDC..terasa masa begitu cepat berlalu..mungkin kesibukan yang sentiasa menghambat...atau tuntutan kerja yang agak ketat jika dibanding dengan dulu...

Tahun baru Masihi sudah berlalu..datang pula tahun baru Hijrah...di sini tidaklah sibuk untuk membuat persiapan menyambutnya seperti di DC dulu..di sini ada JAKIM..ada agensi yang mengurusnya...jadi kita hanya turut serta sahaja..cuma 28 Januari nanti kita buat sambuatan di peringkat KPM...itu pun ada kawan yang urus..sebab ikut SKt masing-masing...

Tahun baru Hijarah kami sekeluarga tak ke mana-mana...kemas rumah sambil tengok siaran langsung lewat TV...barang masih banyak yang di dalam kotak...rumah dah penuh terisi..setiap sudut sudah diterokai...akhirnya jemput adik di kampung bawa lori...tolong bawa balik kampung...

Raya Adha tahun ini kami sekeluarga di Kedah...sehari sebelumnya di Terengganu..kebetulan ada meeting di sana...tahun ini tumpang 'berkorban' dengan keluarga di kampung...

Bila sebut tentang korban, masih terasa betapa meriahnya ketika berada di DC...walau dalam kesejukan dan'snow' menggila..tapi kepuasan dan keseronokan tidak terkata...Kita bukan sahaja dapat menunaikan tuntutan agama, tetapi juga dapat meneguhkan ikatan persaudaraan sesama kita...ada keikhlasan pada setiap orang...sanggup berkorban apa sahaja bukan sekadar wang ringgit tetapi ketabahan melanda 'salji' dan ketahanan merempuh kesejukan menggila...

Terasa betapa manisnya saat itu...kini segalanya menjadi kenangan.. tak mungkin ianya akan berulang...alangkah...alangkah baiknya jika itu menjadi pusaka kita bersama untuk kita terapkan di sini...rasa setiakawan yang menebal...tidak berkira dalam menabur bakti...masing-masing sudah seperti suadara sejiwa sehati....oh bila dikenang ...rasa sebak di hati...

Hanya yang mampu kulukis dan kulontarkan segala-galanya..agar rakan-rakan di sana dan di sini sama-sama merasai betapa pentingnya setiakawan diteruskan... dibaja dan disuburkan agar ianya terus mekar dan semerbak harum....semuanya ini memerlukan pengorbanan! PENGORBANAN!!

Sebagai insan kerdil yang tak dapat lari dari kesalahan dan kekhilapan aku sekeluarga menuntut ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan di sana dan di sini sempena Aidil Adha dan Tahun Baru Hijrah 1429...moga-moga kita dimurahkan rezeki..dipanjangkan umur juga yang penting ditetapkan iman...

Hanya ini yang mampu akau lakukan lewat Sekadar Bicara....



Putrajaya,
2 Muharram 1429
9.44am

5 comments:

Me said...

ustaz, timakasih atas ucapan ari jadi saya.. kami juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf dari ustaz dan ustazah sekiranya ada kesilapan yg tidak disengajakan.
InsyaAllah kami akan sampai di kl pada jan 23, hari rabu. tp mengikut itinerary, cuma sejam lebih transit kat kl. Walaupun tak dpt jumpa time tu, insyaAllah kami plan nak buat kenduri skit pada cuti raya cina.. harap ustaz dan ustazah dpt balik kedah time tu.. nanti kami update tentang kenduri tuh. Mudah2an tak dak aral melintang.
(Tak sabar nak perkenalkan ustaz dan ustazah serta abg lan dan kak fiza sekeluarga dgn org tua kami).

Zahana As said...

tq KAMI juga saranya akan balik raya cina ni...anak sdr di Tegganu nak kahwin...InsaAllah akan jumpa jika diizinNya...Kenapa tak transit lama sikit boleh plan g Kajang....
Salam dari kami skga...

Suara Hati Ku said...

Terimakasih ustaz kerana masih mengingati kami kat sini..tapi sebenarnya apa yang kita ingin kekalkan selamat ini di DC iaitu semanagt persaudaraan dah pun berkubur tanpa kita sedari..Bakis pun ibarat hidup segan mati tak mau..tak boleh salahkan sesiapa..ini kerana ketiadaan pemimpin..raya haji pun sayu bebenar kerana tiada ibadah korban..kawan-kawan pun tak sama seperti dulu..ketara semangat pentingkan diri mula menular..tapi alhamdulillah saya dan keluarga dan rakan-rakan lain terutama keluarga blog masih seperti dulu..kami tetap rapat macam ketika ustaz ada dulu..itulah aje harapan saya semoga biarlah ia kekal begitu hinggalah saya balik nanti..itu akan dijadikan wadah penghubung mesra antara kita semua..saya percaya jika tiada aje rakan blog ni..semua akan bawa haluan masing-masing...sayang kalau ia gagal di tengah jalan...

Unknown said...

salam ustaz n ustazah.. betul kata mr.chow tu... suasana di DC skrg dah tak semeriah dulu masa ustaz n ustazah ada.. skrg masing2 bawa haluan sendiri dan semangat setiakawan semakin lama semakin hilang ditelan arus masa.. dah tak seronoklah ustaz.. hmmmm.. sedihnya...

Zahana As said...

Moga2 kita dapat kembali menghubungkan 'jambatan'yang hampir runtuh apabila semua dah kembali ke sini....walaupun sibuk sikit di sini saya tetap berhubung dengan kawan2 dulu...Che Hashimi & kga...Haji Rosdi / Hjh Huda...Che Lan...Kak Nur..KZ..kmd Kol Anwar...Paduka..baru balik Mekah...Rozita baru tel...dan ada seorang dua lagi..InsaAllah kalau Jan...Adi dll dah balik nanti kita perkemaskan lagi....