Tuesday, January 1, 2008

CATATAN TAHUN BARU

TAHUN 2008 menjelang tiba tanpa dirasa...kesibukan menghambat waktu tanpa membuat apa-apa persiapan untuk menyambutnya...

Teringat semasa di DC. ada-ada sahaja agenda yang direkacipta...ada sahaja agenda yang dibuat kekawan untuk memriah sausana...melepak di rumah teman sehingga jauh malam apatah lagi menyambut hari lahir kekawan yang jatuh masa yang sewaktu dengannya...

Pelbagai hidangan enak disediakan terutama oleh suri-suri yang sentiasa peka dengan sesuatu hari yang dirayakan/disambut oleh rakan masing-masing....terasa sayu tak dapat menyambutnya kali ini..

Aku juga rasa kehilangan rakan-rakan yang selalu 'mengingatkan' hari aku dan isteri menjadi raja sehari...sehingga aku terlupa untuk menyambut detik bersejarah itu di sini...ianya pergi bersama hembusan angin lalu....

Sambutan tahun baru juga terlalu dingin...cuma Che Hashimi/Ada dan anak-anak datang ke rumah..itupun kerana menghantar Syazwan dari bermain bowling...jam 1.30 pagi baru mereka pulang...

Cuma hari sebelumnya kami bertandang ke rumah Kol Anwar...makan nasi dagang dan lain-lain hidangan istimewa...cuma kawan-kawan rapat dijemput bersama keluarga..Che Lan..Che Shimi..Kak Nur...

Sebenarnya dua tiga hari ini memang agak sibuk...Kentena dari DC baru sampai...nasib baik cuti dua tiga hari dan hari sekolah belum bermula...hari-hari buka kotak..lihat apa yang ada..banyak lagi yang bertimbun di luar rumah..dalam rumah..dan di luar dapur...tak tahu di mana nak ditempatkan...(Justeru...atas nama kawan...mana-mana yang masih aktif ber'yard-sale'...slow-slow atau berhentilah...yang bertandang ke Uniqiu..pun sama ...yang ke Gebrial...slow down or stop...cukup-cukup le tu kata Che Shimi...Ini nasihat dari orang berpengalaman...katakan jangan mare...)

Tahun baru ni sibuk mengatur anak-anak ke sekolah...uniform..kasut..beg semua perlu disedia..buku-buku (walau dapat buku teks percuma) buku tulis dan latihan santak ratusan juga...apatah lagi masing-masing tahun ini nak duduki peperiksaan...Dulu semasa di sana taklah sekalut ini...

Kerja macam biasa...tahun baru penuh dengan agenda dan tugas yang perlu dibereskan...terpaksa berkejar ke sana ke mari menyelesaikan tugas yang sentiasa tiba...(Ituler sebabnya tak dapat nak buat kerpok lekor cik Husin oii...bisnes tak dapat nak jalan...cita-cita tetap ada....)

Nampaknya catatan ini terpaksa dipendekkan...maklumlah nak bagi alasan nanti dikatakan mengada-ngada...tak apalah sekadar bicara..agar ruangan ini tidak berkarat..atau lupa pula password...terpaksa telefon Syila...kan Adi menyinga pula...

Sempena TAHUN BARU kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kalau-kalau terlanjur bicara terkasar bahasa...kawan-kawan di sana dan di sini tetap dikenang..cuma batasan masa dan sempadan menjadi sedikit penghalang...namun 'sekadar bicara' tetap menjadi wasilah menghubungkan silaturrahim antara kita.....

Selamat Hari Lahir Untuk Sarjan..Yaty dan Dr.Kuzi....

Putrajaya
2 Jan 2008
10.12 am

1 comment:

Suara Hati Ku said...

..Sabarlah ustaz..begitulah kehidupan yang sebenarnya..ada masa kita senang..ada masa kita relax..ada masa kita sibuk..itulah dunia yang kita cari..ia akan mematangkan kita..

..insyaalah kesibukkan ustaz tu hanya sementara..tugas baru..jawatan baru..adalah perkara baru yang perlu dipelajari..mungkin sukar pada mulanya dan menjadikan kita terlalu sibuk...namun lama kelamaan bila kita dah biasakan diri..insyaalah semua kerja jadi senang..masa tu ustaz bolehlah bersama keluarga dan rakan-rakan kembali..

saya dah ingatkan Yati jgn beli barang lagi..takut juga bila nak balik nanti..barang-barang ustaz tu buat YSL di KL pun ok..cubalah ustaz..tampal kat tiang talipon..mana tahu ada orang nak beli..ataupun sedekah kat saudara mara atau dermakan barang tu kat anak yatim ke..dapat juga pahala..

cukuplah dulu ustaz kali ni..sampaikan salam pada ustazah dan Happy anniversary..seandainya belum terlambat dari saya dan Yati.