Saturday, September 29, 2007

KEMBARA RAMADHAN

AKU baru sampai di hotel tumpangan di Cleveland, Ohio tepat jam 11.30 malam, setelah selesai tugasku menemui student di Case Western Reserve University (CWRU). Krew kami dari MSDWDC yang turut disertai Cik Siti Director, Che Zainal, Pak Ya (JPA) serta Che Mat (pilot kami) sebenarnya bertolak dari Vienna (kampung pegawai-pegawai Malaysia) pagi semalam (Khamis).

Kami bertolak jam 8.00 pagi dan tiba di Columbus jam 4.30 petang. Selepas check-in dan solat serta berehat sebentar kami keluar menuju ke Ohio State University(OSU) untuk berbuka puasa serta bertarawikh bersama student di sana.

Sebagaimana biasa setiap kali tiba Ramadhan, aku mengatur jadual untuk menemui student yang sudah aku anggap seperti anak-anak kami sendiri.

Hari minggu lalu(Ahad), aku , Cik Siti dan Pn. Zaimun ke Vanderbilt University di Tennessee. Kami terpaksa terbang kerana perjalanan darat mengambil masa 15 jam lebih ...Jumlah pelajar Malaysia di Vandy kini mencecah 115 orang...dah jadi kampung Melayu (bukan Malaysia kerana semuanya pelajar Melayu!)

Sedangkan pelajar (Malaysia) di RPI & RIT yang kami ziarahi sebelumnya semakin mengecil bilangannya...begitu juga OSU dan CWRU semakin pupus berbanding ketika aku hadir pertama kali tiga tahun lalu... jumlahnya mencecah 60-70 orang lebih. Sekarang di CWRU dah tak sampai 10 orang..semuanya senior... cuma seorang freshman yang akan tinggal nanti...

Namun di Steven Institut Technology New Jersey (SIT)dan Penn State masih ramai lagi...ramai juga Freshmen yang dihantar ke sana tahun ini...

Selama empat kali Ramadhan di sini aku dapat merasai betapa mereka begitu gembira bila kami berkunjung untuk bersama-sama berbuka serta bertarawikh dengan mereka. Aku juga tidak melepas peluang untuk menyampaikan sedikit tazkirah...

Kesempatan kunjungan kami tidak dilepaskan begitu sahaja...ada sesi dialog tidak rasmi...mereka bertanya pelbagai perkara, termasuk soal elaun baru yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini...

Kami selalu tekankan betapa perlunya setiap pelajar menyedari hakikat kehadiran mereka ke sini...tumpukan pada pelajaran, hindarkan perkara negatif, jaga nama baik diri, ibu bapa dan juga negara.

Alhamdulillah, hasil feedback yang diterima daripada pihak universiti, pelajar Malaysia adalah terbaik dan terpuji...cuma satu dua kes kecil dan terpencil... di luar kawalan dan dugaan, memang tak dapat dielakkan....

Aku merasa amat lega kerana misi aku di sini hampir sampai ke penghujung...Besok kami akan kembali dari Kembara Ramadhan ...Petang esok BAKIS merancang untuk menyambut Nuzul al_Quran (Terima kasih En Hisham & Pn Lily -yang sekali lagi bermurah hati menyediakan premis mereka untuk tujuan majlis tersebut).

Kami akan berlepas dari Ohio lebih awal, supaya kami dapat tiba sebelum jam 6.00 petang (waktu majlis bermula). Lewat telefon, isteriku memberitahu: Che Hisham nasihat supaya aku 'terbang' bimbang tak sempat sampai sebelum majlis bermula...

Semoga perjalanan kami dipelihara Allah dan'kembara' kami direstuiNya.....

Sebenarnya aku merasa amat bersyukur kerana 'Kembara Ramadhan' sudah sampai ke penghujung....bererti tugasku hampir selesai - sekaligus beban (amanah) yang dipertanggungjawab kepadaku juga hampir terlucut dari pundakku..

Namun, sebagai manusia biasa, aku mengakui akan kelemahan aku...ketidakupayaan dan kekurangan sedia ada....

Kendatipun aku tetap yakin apa yang diamanahkan kepadaku telah aku laksanakan sekadar yang termampu aku lakukan...

Sebagai seorang insan yang serba kekurangan, aku tetap bersyukur dengan kurniaan kudrat serta 'kemahuan' untuk menunai tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku... seboleh-bolehnya aku akan laksanakan sebaik mungkin segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku...

"Sepatutnya seorang aku tidak boleh menilai kebaikan yang pernah dilakukannya..kerana seorang aku hanya layak dan berhak merenung kesalahan yang pernah dilakukannya... "

Juga seorang aku tidak wajar memikirkan, apakah ganjaran yang sepatutnya aku terima hasil daripada kerja-kerja aku, sebaliknya seorang aku wajar merasa bimbang dan tertanya-tanya: apakah aku telah menjalankan segala amanah dan tanggungjawab sejajar imbuhan yang aku terima??

Aku bimbang kalau-kalau apa yang aku lakukan dan laksanakan selama di sini tidak memenuhi dan mencapai matlamat pihak atasan...dan yang paling aku takuti , ialah apabila aku akan dipersoal di hadapan Rabbul Jalil nanti, kalau-kalau kerja aku selama ini tidak sempurna dan tidak menepati hasrat semua....

Apapun anggapan, tanggapan dan sangkaan aku pasrah dan berserah...kulepaskan keluhan ini melalui wadah...sekadar bicara...

Clevelan, Ohio
17 Ramadhan 1428H
2.28am

1 comment:

Suara Hati Ku said...

.Sesungguhnya apa yang patut ada kepada setiap kakitangan kerajaaan apabila diarahkan bertugas perlu melakukannya dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab dengan amanah tersebut kerana ia melibatkan wang semua rakyat malaysia yang sentiasa mengharapkan agar wang mereka tidak dibazirkan dengan sia-sia..bayangkanlah apa yang kita terima itu sebenarnya adalah duit sanak saudara kita sendiri sebenarnya yang mebayar pelbagai cukai kepada kerajaan..kesian pada mereka..mereka sanggup dalam kemiskinan sedangkan kita hanya menghabiskan duit mereka begitu aje..dikhuatiri ada dikalangan mereka anak yatim piatu..apa balasannya kita menyalahgunakan duit anakyatim piatu..sendiri mahu fikir