Saturday, October 13, 2007

AIDIL FITRI DI RANTAUAN

AIDILFITRI kali ini kurasakan mendapat sambutan di luar dugaan. Selain komuniti Malaysia di DC terdapat juga tetamu luar seperti Brunei, Indonesia dan lain-lain negara yang turut beraya hari ini, membanjiri Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC untuk sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Ramai juga yang tidak turut beraya hari ini, termasuk komuniti Malaysia di sini...Memanglah semua beranggapan hari raya jatuh pada Sabtu...suasana agak kelam-kabut juga dibuatnya apabila mengetahui melalui maklumat dari Islamic Center ...

Pada mulanya aku pun tidak percaya, bila dimaklumkan oleh Haji Suhaimi, Sjn Husin, Jay dan lain-lain bahawa raya telah ditetapkan pada Jumaat.... Untuk mendapat kesahihan, Pn Ann meminta En. Aderin menghubungi Islamic..setelah berkali-kali call, sahlah RAYA pada JUMAAT...Selepas itu HP aku berdering-dering....panggilan dari kawan-kawan dan juga komuniti Malaysia untuk memastikan bila raya...Tentulah masing-masing terkedu...tidak sangka...

Sebenarnya aku sibuk hari itu berurusan dengan carmax...(Terimakasih banyak kepada Che Asri dan Che Mat yang sekali lagi menghulurkan bantuan...Juga Ibu Diana yang banyak menolong...Juga Yuszaimi yang terpaksa berbuka dengan aku di Carmax...Tiba di rumah jam 8.00...berkejar ke rumah Cik Siti untuk sama-sama bertakbir.... ).

Sebenarnya di sebelah paginya, PYT Datuk Ambassador telah meminta pandanganku...untuk melewatkan sedikit solat Aidilfitri bagi memberi peluang kepada tetamu yang jauh untuk datang sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri...takbir yang dijadualkan jam 8.30 pagi dan disusuli solat 9.00 pagi dirasakan terlalu awal...sebelumnya akupun telah dihubungi oleh Puan Ann, untuk beliau mengeluarkan pekeliling kepada semua berhubung perjalanan program hari raya...Akhirnya surat dikeluarkan berdasarkan apa yang telah dibuat pada tahun-tahun lalu...

Setelah aku memaklumkan kepada Ambassador bahawa tidak menjadi halangan untuk kita menunda masa solat kerana sememangnya solat Aidilfitri ' digalakkan' supaya dilewatkan sedikit berbanding Aidil Adha....selain alasan untuk memberi peluang kepada yang jauh supaya dapat sama-sama menyertainya, Islam terlebih dahulu mempunyai alasan yang lebih konkrit, iaitu memberi peluang umat Islam memperbanyakkan lafaz takbir....Selepas solat, takbir tidak lagi dilafazkan...

Demikian alasan lain...untuk memberi peluang kepada umat Islam yang belum sempat menunaikan zakat fitrah, bolehlah berbuat demikian sebelum solat....selepas solat tidak lagi dikira sah...dan dianggap sedekah....Nabi berpesan yang mafhumnya: Sesiapa yang tidak mengeluarkan zakat fitrah, puasanya tergantung antara bumi dan langit....
Justeru, sebelum solat, kita sering memperingatkan supaya tunaikan zakat terlebih dahulu....

Berbeza dengan Aidil Adha...digalakkan bersegera...alasannya: Takbir boleh dilaungkan selama tiga hari berikutnya (hari Tasyriq). Alasan lain supaya lepas solat untuk segera menunaikan tuntutan lain iaitu BERKORBAN...( nampaknya perkiraan ini bolehlah dibuat bermula Aidil Adha akan datang - yang dah lepas hanya sekadar kita merancang...sekali lagi perancangan Allah yang lebih baik...)

Namun segala-galanya berjalan lancar...Nasib baik persiapan dibuat lebih awal...Jay dengan bantuan krewnya telah mempersiapkan dewan solat...begitu juga Pn. Zaimun, ibu Diana seperti selalu sudah diberi kepercayaan untuk mengurus makan minum...Rakan-rakan lain juga turut membantu mengatur kerusi meja...semuanya bekerja dengan rela...tak sanggup nak menyenarai satu persatu nama...bimbang tercicir nanti ada yang merajuk hati...Namun demikian aku percaya....mereka melakukan segala... bukan kerana nama... hanya mengharapkan keredaan Allah cuma...

Hari ini aku bangun bersahur bersama isteri untuk menunaikan sunat puasa enam (Aku ambil peluang, dibimbangi bila pulang nanti, kesuntukan masa...terlepas pulak...) setelah solat Subuh aku berbaring sambil mendengar alunan ayat suci dari Qari Al Basit...Kemerduan suaranya yang mengasyikkan 'menjemput' aku kembali ke alam mimpi....

Deringan telefon Liza, bertanyakan nombor telefon Che Zainal...mengejutkan aku...jam 9.00 pagi...aku bangun berwuduk..seperti selalu menunaikan solat sunat Dhuha...memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa..pohon disempurnakan seharian hidup...dimurahkan rezeki halal...dijauhkan segala malapetaka...

Jam 10.00 Ummi & Razi datang ketika aku baru memulakan 'catatan' ini....Mereka berdua akan kembali ke Malaysia hari ini bagi tujuan perubatan pembedahan Razi...berkunjung untuk mengucapkan 'sayonara' kepada kami sekeluarga...Terasa keharuan amat, mengenang insan tabah semulia Ummi...belum tentu ada insan lain secekal beliau....sentiasa kelihatan happy go lucky...hanya yang mampu kami lakukan, sekadar menitipkan rasa simpati...(Maafkan kami sekeluarga, Ummi..jika tak tersengaja mengguris hati...)

Hari ini juga selain membantu mengemas apa yang perlu, aku juga akan berkunjung ke rumah terbuka Che Hisyam, Che Zainal..dan rumah bos aku Cik Siti...Esok ada lagi, rumah Pn. Salmy dan Pn. Siti Roslizah..setelah semalam mengunjungi rumah Che Asri/Pn Zura, Pn Zaimun/En. Berahim dan Che Aznan/Pn Eton...Niatnya nak 'lepak' di rumah Sjn Husin/Yati...kerana malam masih awal...bila Adi hubungi, mereka sibuk...kuih ditempah belum siap lagi....Batalkan sahaja niat di hati...

Balik ke rumah...isteri hubungi anak-anak di kampung, walaupun malam sebelumnya sudah bercakap berjela-jela...demikian hati seorang ibu...malangnya aku tak dapat bercakap dengan emak, kerana belum pulang berziarah..., selepas solat sunat di surau berdekatan rumah...

Hari-hari berikutnya sehinggalah aku dan keluarga meninggalkan bumi Bush ini, ramai kawan-kawan dah booking....Nampaknya terpaksa menziarahi sebelah siang, jika ada rezeki menjelang Maghrib bolehlah aku turut 'berbuka'...di rumah siapa yang sempat...

Tahun ini bukan sahaja tidak buat open house, periuk belanga pun dah 'digantung'...tunggu jemputan ihsan kawan-kawan....Sorry..Zainal, Wati dan anak-anak yang berkunjung dari Penn State..nampaknya terpaksa menumpang rumah 'adik angkat' (Mr.Asri)...walaupun dah janji nak tumapng rumah kami..ramai yang sudi menghulur tangan...(Sesetengah rumah kawan-kawan, aku dah tak malu menyelongkar periuk belanga, macam rumah sendiri!)

Apa yang pasti...aku amat bersyukur pada Illahi..diberi kekuatan dan kestabilan kesihatan...kerja yang diamanah dapat dilaksanakan...walaupun banyak kekuarangan...namun bantuan kawan rakan, membakar semangat untuk terus menunaikan tanggungjawab yang diberikan...

Kepada semua hanya mampu aku titipkan doa..agar persahabatan kekal selama...Maafkan segala...kita hanya insan biasa...pasti ada cacat cela....segala pujian hanya Allah yang layak menerimanya...Aku hanya mampu 'bertinta'...lewat sekadar bicara....

Cedar Mill CT,
2 Syawal 1428H
11.46am

No comments: