Monday, October 15, 2007

REZEKI DI MANA-MANA

PAGI ini aku mendapat panggilan (miss call)daripada anakku, Jo. Setelah dibuat panggilan semula aku dimaklumkan bahawa Che Lan serta Che Fiza sekeluarga sedang bertamu di rumah ibuku di kampung...

Katanya balik beraya di Kedah langsung teringat anak-anakku yang beraya 'tanpa' emak abah di sisi....Alhamdulillah.... terima kasih... terubat sikit rasanya rindu anak-anakku...

Semalam aku tidur sedikit lewat...bukan apa...cuma berkemas mana patut, kerana barang-barang akan 'dibungkus' Edgar esoknya....Balik dari rumah SS Husin/Yati pun dah lewat...Cuma aku sekeluarga, Adi/Syiela & anak-anak serta Yuszaimi (Kesian...isteri balik kampung). Selalunya begitulah..Dah tabiat kami... datang awal dan balik paling lewat....(Itupun rumah tertentu sahaja....)

Malam tadi aku 'berbuka' di rumah Pn. Rohaya (kakak Siti MSD). Aku sekeluarga dibawa oleh Si Teruna Aderin...setelah sedikit tersesat kami akhirnya sampai juga...Kebetulan waktu telah masuk, maka apalagi kami pun menjamu selera...maklumlah seharian tak makan...juadahnya pula cukup 'mengancam'; nasi hujan panas, kari ayam, nasi himpit dan lontong serta rendang ayam dan daging serta kuih muih yang pelbagai cukup mengoda...

Setelah selesai solat Maghrib kami bergegas ke rumah SS Husin...ada suprise konon...Tiba di sana tetamu telah ramai...macam kenduri kahwin pula...

Sebelumnya Pn. Saimun/Mejar Aziz juga turut mengadakan rumah terbuka...Begitu juga aku tak dapat memenuhi hajat Pn. Salmy Hashim...

Aku agak keletihan hari ini, walaupun cuma menjadi 'mandor' melihat pekerja Edgar membungkus.....Pagi-pagi lagi SS Husin/Yati datang menjenguk, kemudian Pn. Fadzillah, Faizal, Che Mat/Ella, Aderin, Jay dan Pn. Zaimun bersama Izzat....

Rasanya banyak lagi hendak kuluahkan, tetapi Che Asri call minta datang ke rumahnya segera...Memang malam tadi dia dah berpesan, minta aku & isteri berbuka di rumahnya...maklumlah bukan saja Che Zura rajin memasak, tambah bersemangat dengan bantuan Che Wati, isteri Che Zainal Penn State....Syukur alhamdulillah, rezeki sentiasa ada di mana-mana...

Terima kasih semua...hanya itu yang dapat kuhulurkan lewat Sekadar Bicara....


Cedar Mill CT, Vienna
4 Syawal 1428H
6.13pm

No comments: