Monday, October 8, 2007

BERPUASA DI PERANTAUAN

PAGI hari minggu, seperti biasa jika tiada kerja aku sambung tidur selepas menunaikan solat Subuh. Pagi ini aku tidak mempunyai program ke mana-mana...cuma membawa anak bongsuku, Fatin Aifa ke klinik kerana diserang demam dan batuk..

Anak aku yang berumur 7 tahun itu hendak meneruskan puasa yang masih belum ditinggalkannya...namun aku nasihatkan supaya berbuka..'Adik boleh tinggalkan puasa, sebab adik demam..jika puasa, nanti macam mana nak makan ubat...Tuhan tak marah sebab adik sakit...Nanti adik boleh ganti kemudian...'kataku separuh memujuk.

Abangnya Alif juga masih mempertahankan puasanya agar jangan terburai...Aku harap anak-anakku yang jauh dari mataku juga akan berpuasa penuh..maklumlah dah besar panjang...buruk benar 'orang tua' yang tak berpuasa...lebih-lebih lagi yang tidak punya apa-apa keuzuran...

Teringat masa aku kecil dahulu sebaya umur anakku, setiap hari makan sahur tak pernah miss...tapi kadang-kadang puasa 'yamyuk' (bangun pagi seluk periuk)...Pura-pura buat letih... supaya emak ayah tak tahu...Sebab hukuman orang tua-tua dulu jika sesiapa tak berpuasa akan 'didera' supaya tidak berbuka bersama dengan orang yang berpuasa...Duduklah di ceruk dinding sambil mengigit jari dan menahan liur...

Ramadhan tahun ini sudah empat kali aku berpuasa dan beraya di perantauan...tahun ini rasa sedih juga kerana empat orang anak-anak aku di Tanahair...Namun demikian aku bersyukur kerana tiga daripadanya (Farhan, Ezzah dan Syazwan) dapat berpuasa dengan ibuku tahun ini...dapatlah ibuku mengubat rindu...Yang seorang lagi, Hikmie @ Joe di KL...rasanya tak menjadi masalah baginya...cakap dalam telefon selalu dengar happy aje...

Nampaknya hari-hari akhir Ramadhan ni, aku sekeluarga dijemput berbuka di rumah kekawan. Minggu lepas (Ahad) bos lama aku Dr. Zahratul buat majlis iftar dan tarawikh, Sabtu kelmarin Tn Hj Suhaimi jemput ke rumahnya di Maryland...Ahad, di rumah bos aku Cik Siti, iftar dan tarawikh jemput student sekitar DC, Virginia & Maryland...Petang ni (Isnin) Mr. Asri booking untuk ke rumahnya...dan esoknya sahabat aku S/Sjan Husin/Yati ajak berbuka di rumah mereka...sebelumnya Pn. Zaimun/En. Brahim dan L.Kol. Hisyamuddin/ Pn. Fazillah ...seterusnya hari-hari berbaki aku menunggu jika masih ada yang sudi...(Memang tak malu...)

Seperti mana dalam catatanku yang lalu, di awal Ramadhan, aku banyak berbuka bersama pelajar dalam program Kembara Ramadhan ....Semasa 'ketiadaanku', anak-anak dan isteriku dijemput ke rumah sahabat-sahabatku untuk berbuka bersama mereka...

Memanglah hari-hari terakhir aku & keluargaku di sini, rasa semacam vacuum...Nak dikatakan sedih tidaklah pula...nak dikatakan gembira pun tidak juga...justeru tahun ini sambut raya di sini, kami tidak membuat apa-apa persedian...tiada open house...mungkin tiada juadah seperti selalu...maklumlah fikiran dan hati hanya tertumpu untuk berangkat pulang...

Janji rakan-rakan (Mokhtar/Kuzi-MorgonTown, Zainal Pennstate & Roslani Virginia Tech) untuk datang bersama keluarga masing-masing beraya di DC tahun ini...di samping mengucapkan sayonara, entah jadi entah tidak....?

Demikianlah selama empat kali Ramadhan berpuasa di rantauan, banyak tersimpan kenangan manis...Walaupun tiada bazar Ramadhan, ianya tetap meriah, tarawikhnya tetap hidup, walaupun kadang-kadang agak malap, namun morehnya tetap mengancam walaupun telah kenyang ketika berbuka...

Rasanya kenangan selama di sini sukar terpadam dari memori....Ianya akan menjadi nastolgia sampai bila-bila...yang nantinya akan kunukil dalam sebuah catatan perjalanan... bukan...dan bukan hanya sekadar bicara....


Washington DC,
26 Ramadhan 1428H
1.11pm

1 comment:

Me said...

Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan selamat hari raya untuk ustaz dan ustazah seisi keluarga. Maafkan sekira ada terkasar bahasa dan perilaku yg tidak disengajakan.
Terimakasih kerana masih ingatkan kami di sini. Hajat di hati memang teringin berjumpa ustaz dan ustazah walaupun sekejap, tp malangnya, kesibukan yg melampaui batas ini menghalang niat suci tersebut. Kami berdua sekarang berada di dalam saat kritikal. Kalau dlm icu tu tu dikira saat penentuan samada boleh hidup atau sebaliknya. Sekiranya kami berjaya mengharungi saat kritikal ini, insyaAllah boleh graduat tahun ni. Jika sebaliknya, terpaksalah ditangguh lagi. Itulah, telah di tulis olehNya, di saat umat Islam bersukaria kami terpaksa mengharungi cabaran ini. Ini sudah ditentukan, kami redha.
Walau macam mana pun ustaz, kami akan visit ustaz sekeluarga di Kedah nanti. Kita nanti dah senegeri, tak ada masalah (itupun kalau ustaz tak di pindahkan ke mana2).
Kuzi dan mokhtar juga ingin meminta maaf kerana tidak dpt menunaikan janji kami. Janji yg mengatakan 'bukan yati shj adik beradik kami'...ha..ha.. Sekali lagi, minta maaf banyak2. Sampaikan salam kami utk ustazah. InsyaAllah nanti kami akan call ustaz dan ustazah.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.