Wednesday, October 3, 2007

PERSIAPAN UNTUK KEBERANGKATAN...

SUDAH tiga hari aku tidak 'menyentuh' bolgku...kawan-kawan se'blog' asyik tertanya-tanya...apakah ghairah sudah mula mengendur..atau ide sudah gersang...atau sekadar hangat-hangat tahi ayam...?

Sebenarnya dua tiga hari ini aku menjadi sibuk...rasanya hari semakin hampir untuk aku dan keluargaku meninggalkan bumi 'Bush' ini...Aku asyik membilang hari...cuma ada 17 hari lagi jika dihitung secara jujur...

Aku terpaksa mengurus segalanya...Kereta perlu dijual...Nasib baik kawan-kawan sanggup bersusah-payah mencari buyer...last sekali ke carmax...Aku sangat berterima kasih pada Che Hisham (MITI) dan Che Asri kerana kesanggupan 'membuang masa' bersamaku untuk urusan itu sahaja...

Sebelum itu Lt.Kol Hisyam, S/Sarjan Husin, L/Kop Faizal juga Adi turut sama memberi ide bagaimana untuk 'menaikkan' harga keretaku...

Inilah akibatnya bila kerja bertangguh...kononnya nak tunggu last-minute...rupa-rupanya ia memakan diri, bila hantar pada Chikano untuk dibaiki, dia menolak walaupun sebelum itu dia sanggup...

Aku juga masih menunggu kelulusan visa dari Kedutaan Arab Saudi...nampaknya hanya visa transit sahaja yang akan diberikan, kerana visa umrah sudah ditutup kerana ketika itu sudah dikira masuk musim haji...tak apalah asalkan dibenarkan memijak bumi Mekah..

Selepas itu aku perlu ke Kedutaan Mesir kerana nak apply visa ke Mesir pula..Dah teringin sangat nak kunjung ke 'tanah anbiya'...

Inilah cita-citaku sejak dulu...sebenarnya masa aku memohon untuk menjawat jawatan ini , tempat yang aku minta ialah Mesir...tapi tiba-tiba di hantar ke negeri 'Bush'...tak apalah ada hikmahnya...kalau tidak... sampai ke hujung nyawa pun aku tak mimpi nak pijak bumi ini...syukur pada Allah..ada hikmah yang sungguh besar...

Aku juga sangat berterima kasih kepada Pn. Zaimun kerana banyak mengurus hal-hal yang bersangkutan dengan kepulanganku nanti...Pelbagai dokumen perlu disediakan termasuk urusan tiket, urusan penganguktan barang...banyak benda sebenarnya nak kusebut...

Dan yang aku tak mungkin lupa adalah 'bos' aku Cik Siti..yang sentiasa 'melepaskan' aku bila perlu untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum beres, di samping sentiasa menitipkan nasihat supaya perjalanan kami kelak 'aman dan tenteram'...

Aku kira aku akan cuba menyelesaikan tugas-tugasku sebaik mengkin, lebih-lebih lagi tugas hakiki yang diamanahkan kepadaku...Aku tak mahu menyusahkan sesiapa terutama orang yang bakal menggantiku kelak...Seboleh-bolehnya aku berusaha untuk menghindar 'keserabutan' orang lain akibat kerja-kerjaku yang terbengkalai...

Untuk itu aku mungkin memerlukan bantuan sahabat-sahabat, rakan taulan juga rakan-rakan sekerja....Che Zainal, Che Mat,Tn Syed, Siti dan Liza yang selama ini memang sentiasa membantuku...

Kepada semua yang telah, sedang dan akan membantu dan menolong sama ada secara langsung atau tidak...tak lupa aku titipkan jutaan terima kasih.. Allah jua yang akan membalasnya ...Hanya yang mampu aku lakukan ialah lewat coretan...Sekadar Bicara...


Cedar Mill CT, Vienna
21 Ramadhan 1428H
5.29pm

No comments: